Skip to main content

Dunia

Oscars 2026: One Battle After Another ditabal Filem Terbaik

Director Paul Thomas Anderson and cast members celebrate as they accept the Oscar for Best Picture for "One Battle after Another" during the Oscars show at the 98th Academy Awards in Hollywood, Los Angeles, California, U.S., March 15, 2026. REUTERS/Mike Blake TPX IMAGES OF THE DAY
Karyawan One Battle After Another meraikan kejayaan filem berkenaan pada Anugerah Akademi ke-98 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, hari ini. - Gambar Reuters

LOS ANGELES: Filem “One Battle After Another” muncul antara pemenang terbesar pada Anugerah Akademi ke-98 apabila meraih trofi Filem Terbaik, manakala pengarahnya Paul Thomas Anderson turut dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik.

Kemenangan berganda itu menandakan detik penting dalam kerjaya Anderson yang sebelum ini pernah beberapa kali dicalonkan di Oscar menerusi karya seperti There Will Be Blood, Phantom Thread dan Licorice Pizza.

Advertisement

Dalam kategori lakonan pula, Michael B. Jordan diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Sinners.

Bagi kategori pelakon pembantu, Sean Penn memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi One Battle After Another, manakala Amy Madigan meraih Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi filem Weapons.

Sementara itu, filem animasi “KPop Demon Hunters” memenangi kategori Filem Animasi Terbaik, selain lagu temanya “Golden” turut diumumkan sebagai pemenang Lagu Asal Terbaik.

Anugerah Akademi yang dianjurkan oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences sejak tahun 1929 kekal sebagai pengiktirafan paling berprestij dalam industri perfileman global, dengan pemenang dipilih oleh ribuan ahli akademi dari seluruh dunia.

Must Watch Video