GAZA: Jepun akan menyediakan bantuan AS$10 juta (RM47.3 juta) untuk disalurkan kepada penduduk awam di Gaza, kata Menteri Luar Negeri, Yoko Kamikawa.

Kamikawa memberitahu pemberita kepada rakan sejawatannya dari Israel bahawa Jepun berharap keadaan di Israel dan wilayah Palestin akan reda secepat mungkin.

Israel kini telah meletakkan situasi Gaza yang memiliki 2.3 juta penduduk Palestin, di bawah sekatan keseluruhan selepas menceroboh dengan serangan udara.

Letupan dan asap tebal kelihatan merentasi latar langit Gaza pada pagi Selasa ketika Israel bersedia untuk meningkatkan serangan terhadap Hamas.

Sementara itu, pihak berkuasa Gaza berkata sekurang-kurangnya 2,800 orang telah terbunuh iaitu satu perempat daripada mereka adalah kanak-kanak.

Diplomasi antarabangsa kini tertumpu pada korban kemanusiaan serta menghalang konflik berterusan terutamanya ke Lubnan di mana gerakan Hizbullah yang disokong Iran berbalas tembakan dengan Israel sejak beberapa hari ini.