awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pertukaran tebusan, tahanan tanpa akhiri perang Gaza - Hamas

Astro Awani
Astro Awani
20/11/2024
23:00 MYT
Tiada pertukaran tebusan, tahanan tanpa akhiri perang Gaza - Hamas
Khalil membangkitkan persoalan jika pencerobohan tidak ditamatkan, mengapa kumpulan penentang, khususnya Hamas, perlu mengembalikan tebusan? - Foto X/The Palestine Chronicle
KAHERAH: Hamas menegaskan tidak akan ada perjanjian pertukaran tebusan untuk tahanan dengan Israel melainkan perang di kawasan Palestin itu berakhir.
Pendirian kumpulan pejuang itu dinyatakan sekali lagi oleh pemangku ketua Hamas di Gaza, Khalil Al-Hayya, dalam satu kenyataan dalam wawancara televisyen dengan saluran TV Al-Aqsa, pada Rabu.
Beliau membangkitkan persoalan jika pencerobohan tidak ditamatkan, mengapa kumpulan penentang, khususnya Hamas, perlu mengembalikan tebusan?
Usaha menggerakkan semula rundingan gencatan senjata untuk Gaza telah terhenti dan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu memveto resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata kekal tanpa syarat.
Duta besar Washington untuk PBB berkata, AS syarikat hanya akan menyokong resolusi yang secara jelas menyeru pembebasan segera tebusan Israel sebagai sebahagian daripada gencatan senjata.
Hayya, yang mengetuai pasukan perunding kumpulan itu dalam perbincangan dengan pengantara Qatar dan Mesir, menyalahkan kekurangan kemajuan kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Tambah Hayya, terdapat hubungan yang sedang dijalankan dengan beberapa negara dan pengantara untuk memulihkan rundingan.
Hamas, katanya, bersedia untuk meneruskan usaha itu tetapi lebih penting untuk melihat kemahuan sebenar di pihak pendudukan untuk menamatkan pencerobohan.
Tegasnya lagi, realiti membuktikan bahawa Netanyahu adalah individu yang menjejaskan rundingan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Hamas
#Gaza
#gencatan senjata
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan