awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun tarik balik semua amaran tsunami susulan gempa bumi di Rusia

Bernama
Bernama
31/07/2025
21:50 MYT
Jepun tarik balik semua amaran tsunami susulan gempa bumi di Rusia
Ombak tsunami tertinggi yang dicatatkan selepas gempa ialah setinggi 1.3 meter di Pelabuhan Kuji, Wilayah Iwate pada petang Rabu. - Foto Geophysical Survey
TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun pada Khamis menarik balik amaran tsunami terakhir yang dikeluarkan susulan gempa bumi bermagnitud 8.8 yang melanda luar pantai Semenanjung Kamchatka, Rusia pada hari sebelumnya, lapor Agensi Berita Kyodo.
Agensi itu sebelum ini mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan dari Hokkaido di utara Jepun hingga ke Wilayah Wakayama di barat, namun, amaran berkenaan diturunkan kepada nasihat berjaga-jaga pada Rabu malam.
Tsunami terus sampai pantai, dengan beberapa lokasi mencatatkan ombak lebih besar pada Khamis.
Sebahagian amaran berjaga-jaga ditarik balik pada pagi Khamis, namun masih berkuat kuasa di kawasan pantai Pasifik di pulau utama utara Hokkaido dan timur laut Jepun.
Sekurang-kurangnya 10 lokasi merekodkan ombak lebih besar berbanding hari sebelumnya, termasuk Pelabuhan Tokachi di Hokkaido dan Oarai di Wilayah Ibaraki yang merekodkan ombak setinggi 70 sentimeter.
Ombak tsunami tertinggi yang dicatatkan selepas gempa ialah setinggi 1.3 meter di Pelabuhan Kuji, Wilayah Iwate pada petang Rabu.
Selepas amaran tsunami dikeluarkan, seorang wanita berusia 50-an di Wilayah Mie dilaporkan maut ketika cuba menyelamatkan diri, manakala 10 lagi cedera, menurut jurucakap utama kerajaan Jepun.
Seramai 11 orang yang berpindah ke pusat perlindungan pula dikejarkan ke hospital selepas mengalami gejala akibat cuaca panas melampau.
Beberapa perkhidmatan kereta api masih terganggu, termasuk JR Hokkaido yang menggantung operasi sejak awal pagi di beberapa laluan, sementara ada penduduk Hokkaido bermalam di pusat pemindahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#amaran tsunami
#gempa bumi Rusia
#Wilayah Wakayama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan