Tokyo menyatakan Jepun tidak akan menyerah kalah dalam rundingan untuk membebaskan dua tebusan warga Jepun yang ditahan kumpulan militan negara Islam (IS).
Menurut Timbalan Menteri Luar Jepun, tugasnya adalah untuk membawa pulang warga Jepun tersebut dan beliau akan melakukan yang terbaik.
Kumpulan militan IS meminta Jepun membayar wang pampasan USD200 juta dolar.
Yasuhide Nakayama yang ketika ini berada di Jordan menyatakan, pihaknya menerima maklumat daripada pelbagai sumber dan ia penting dalam usaha untuk membebaskan warga Jepun berkenaan.
Jepun berdepan kesukaran dalam krisis ini susulan tidak mempunyai pengaruh diplomatik yang kukuh di Asia Barat.
Jepun masih tidak membayangkan sama ada akan membayar wang pampasan, namun komited untuk menyelamatkan dua warganya.
Awal minggu ini, Perdana Menteri Shinzo Abe yang berada di Baitulmaqdis dalam lawatan rasmi ke Asia Barat, mendesak kumpulan militan itu segera membebaskan dua tebusan tersebut tanpa dicederakan.
Dalam video yang disiarkan dalam laman web militan tersebut, anggota kumpulan berpakaian hitam yang berdiri di antara tebusan Kenji Goto dan Haruna Yukawa, dilihat mengacukan pisau dan menghalakannya ke kamera.
Astro Awani
Sat Jan 24 2015
Jepun masih tidak membayangkan sama ada akan membayar wang pampasan, namun komited untuk menyelamatkan dua warganya. - Foto AP
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Jepun tidak akan tunduk pada tuntutan militan IS
Tokyo menyatakan Jepun tidak akan menyerah kalah dalam rundingan untuk membebaskan dua tebusan warga Jepun yang ditahan kumpulan militant negara Islam (IS).