awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor mahu masalah banjir ditangani secara tuntas
Perdagangan Malaysia–AS meningkat kepada RM325.2 bilion pada 2024, dipacu eksport E&E
Kes letupan IED di Nilai tiada unsur ekstremisme, dipercayai kejadian terpencil - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh

Bernama
Bernama
12/11/2024
20:00 MYT
Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh
Keputusan dibuat selepas seminggu rundingan sengit di Berlin selepas Canselor Olaf Scholz (gambar) memecat menteri kewangannya, Christian Lindner. - Gambar fail/REUTERS
BERLIN: Jerman dijangka mengadakan pilihan raya pada 23 Februari selepas kejatuhan kerajaan berhaluan tengah-kiri yang dipimpin Canselor Olaf Scholz, menurut sumber yang dilaporkan oleh agensi berita Jerman (dpa).
Para pemimpin kerajaan daripada parti politik terbesar di negara itu Parti Sosial Demokrat (SPD) pimpinan Scholz dan Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) yang konservatif - mencapai persetujuan pada Selasa, kata sumber kedua-dua pihak kepada dpa.
Keputusan ini dibuat selepas seminggu rundingan sengit di Berlin selepas Scholz memecat menteri kewangannya, Christian Lindner, yang merupakan ahli Parti Demokrat Bebas (FDP) yang pro-perniagaan, menyebabkan parti itu menarik diri daripada gabungan tiga pihak itu.
Penarikan diri FDP menyebabkan Scholz kehilangan majoriti di Bundestag, Dewan Perwakilan Jerman.
Untuk pilihan raya diadakan, Scholz dijangka mengemukakan undi percaya di Bundestag pada 16 Disember.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan campuran
#Olaf Scholz
#Jerman
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan