BERLIN: Jerman menghentikan operasi tiga loji tenaga nuklear terakhirnya pada Sabtu sebagai sebahagian daripada peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.

Firma tenaga RWE dalam satu kenyataan mengesahkan loji nuklear Emsland, Neckarwestheim II dan Isar II diputuskan sambungannya dari grid, lapor Xinhua.

Pengkritik berpendapat bahawa teknologi itu tidak selamat dan tidak mampan, sambil memetik malapetaka di Pulau Three Mile, Chernobyl dan Fukushima.

Bagaimanapun, penyokong tenaga atom berkata bahan api fosil harus dimansuhkan terlebih dahulu di tengah-tengah usaha global untuk menangani perubahan iklim, dengan alasan kuasa nuklear menjana pelepasan gas rumah hijau yang jauh lebih rendah dan boleh menjadi sumber tenaga yang selamat jika diurus dengan betul.

Pelan itu dipercepatkan oleh bekas Canselor Angela Merkel pada 2011 selepas bencana nuklear Fukushima di Jepun.

-- BERNAMA