BERLIN: Canselor Jerman, Friedrich Merz, menegaskan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai “rakan paling penting” Jerman dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), walaupun Washington merancang untuk mengundurkan 5,000 anggota tenteranya dari negara itu.
Dalam satu hantaran di platform X, Merz mengambil nada berdamai susulan pengumuman Pentagon bahawa Setiausaha Pertahanan AS mengarahkan pengurangan pasukan, langkah yang dilihat ramai sebagai isyarat ketegangan hubungan rentas Atlantik, khususnya berkaitan perbezaan pendirian mengenai konflik Iran.
Advertisement
The United States is and will remain Germany‘s most important partner in the North Atlantic Alliance. We share a common goal: Iran must not be allowed to acquire nuclear weapons.
— Bundeskanzler Friedrich Merz (@bundeskanzler) May 3, 2026
Pengumuman pengunduran tentera itu dibuat beberapa hari selepas Merz mengkritik tindakan Iran yang didakwanya “menghina” AS dalam rundingan damai yang menemui jalan buntu.
Kenyataan tersebut dilaporkan mencetuskan pertikaman lidah dengan Presiden AS, Donald Trump, sebelum ancaman pengurangan tentera dilontarkan.
Walaupun berdepan situasi tersebut, Merz menegaskan komitmen Jerman terhadap kerjasama erat dengan AS dalam NATO, sambil menekankan kepentingan hubungan strategik itu terhadap keselamatan serantau dan antarabangsa.