Skip to main content

Malaysia

KSN ucap tahniah pelantikan Suriani Ahmad sebagai KSU KKDW

https://www.facebook.com/photo?fbid=122202565838461342&set=pcb.122202564542461342
Shamsul Azri (kiri) merakamkan ucapan tahniah kepada Suriani yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkuat kuasa hari ini. - Gambar Facebook Shamsul Azri

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Suriani Ahmad yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Shamsul Azri berkata, beliau yakin dengan kompetensi dan pengalaman yang dimiliki oleh Suriani.

Advertisement

“Beliau mampu memacu kecemerlangan KKDW dalam pembangunan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar berteraskan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam untuk mencapai aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Shamsul Azri berkata, Suriani, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), Universiti Sains Malaysia (USM) serta Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Strategi dan Diplomasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau berkata, Suriani berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan, dasar awam dan hubungan antarabangsa, selain pernah menyandang beberapa jawatan penting.

Antaranya sebagai KSU di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; serta Kementerian Kesihatan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video