awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jet pejuang UK 'pintas, iringi' 4 pesawat Rusia berhampiran Scotland

Bernama
Bernama
03/02/2022
04:54 MYT
Jet pejuang UK 'pintas, iringi' 4 pesawat Rusia berhampiran Scotland
Johnson sebelum ini menggesa satu penyelesaian yang menghormati integriti wilayah Ukraine dan hak negara itu untuk mempertahankan diri. - Gambar fail/AP
LONDON: Jet pejuang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) pada Rabu "memintas dan mengiringi" empat pesawat tentera Rusia keluar dari kawasan kepentingan United Kingdom di luar pesisir pantai Scotland.
Jet pejuang Typhoon itu berlepas dari pangkalan Tentera Udara Diraja Lossiemouth di Moray dan turut disertai pesawat tangki pengisian minyak Voyager dari Tentera Udara Diraja Brize Norton di Oxfordshire, kata RAF dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.
"Jenis pesawat Rusia ialah Tupolev Tu-95 Bear H dan Tupolev Tu-142 Bear F," katanya.
"Jet pejuang Typhoon kami mengiringi pesawat Rusia itu keluar dari kawasan kepentingan UK dan tanah berdaulat UK."
Operasi itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara Rusia dan kuasa Barat berhubung penempatan tentera Rusia di sepanjang sempadan Ukraine.
Pada Rabu, Perdana Menteri Britain Boris Johnson menyatakan beliau "amat bimbang" dengan "tindakan bermusuhan semasa" Rusia di sempadan Ukraine dalam satu perbualan telefon dengan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Johnson menggesa satu penyelesaian yang menghormati integriti wilayah Ukraine dan hak negara itu untuk mempertahankan diri, menurut jurucakap Downing Street.
"Perdana menteri menegaskan bahawa sebarang pencerobohan Rusia ke wilayah Ukraine akan mencetuskan salah faham yang tragik," tambah jurucakap itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#pesisir pantai Scotland
#jet pejuang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan