KUZHENKINO: Sebuah pesawat peribadi terhempas di Rusia pada Rabu, mengorbankan semua 10 penumpang dan anak kapalnya.

Salah seorang yang berada di dalam senarai penumpang adalah ketua tentera upahan Rusia, Yevgeny Prigozhin.

Bagaimanapun perkara tersebut belum disahkan.

Pesawat berkenaan membawa tiga juruterbang dan tujuh penumpang yang dalam perjalanan dari Moscow ke St. Petersburg, di utara ibu negara.

Agensi berita negara Rusia Ria Novosti melaporkan, ketika ini lapan mayat telah ditemui di lokasi nahas.

Data penjejakan penerbangan yang disemak menunjukkan sebuah jet peribadi yang didaftarkan syarikat Wagner yang digunakan Prigozhin sebelum ini berlepas dari Moscow pada petang Rabu dan isyarat transpondernya hilang beberapa minit kemudian.

Isyarat itu hilang di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai lapangan terbang berdekatan.

Dalam imej yang disiarkan oleh akaun media sosial Pro-Wagner menunjukkan serpihan terbakar, nombor ekor pesawat yang separa sepadan dengan jet peribadi milik syarikat Wagner.

Warna dan penempatan nombor pada enjin pesawat yang terhempas sepadan dengan foto sebelumnya.