awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jewel dakwa ibunya gelapkan wang lebih RM443 juta

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2023
22:30 MYT
Jewel dakwa ibunya gelapkan wang lebih RM443 juta
Dalam satu memoir 'Never Broken - Songs Are Only Half The Story' pada tahun 2015, Jewel menceritakan tentang kisah hidupnya ketika kecil. - Foto Facebook/Jewel
PENYANYI dan penulis lirik Jewel mendakwa ibunya telah mencuri "kesemua duitnya" yang berjumlah lebih AS$100 juta (RM443 juta).
Dalam temu bual bersama Amy Morin dalam rancangan 'Verywell Mind Podcast' baru-baru ini, artis berusia 48 tahun itu mendedahkan, tindakan Lenedra, yang juga pengurusnya, menyebabkannya mengalami kemurungan.
"Saya tidak sedar apa yang ibu saya lakukan sehingga saya berusia 34 tahun.
"Ketika itu baru saya tahu saya berhutang lebih AS$3 juta dan ibu saya yang mencuri kesemua duit saya," jelasnya.
Katanya lagi, dia tidak menyangka ibunya tergamak berbuat demikian dan ia sesuatu yang susah untuk diterimanya.
"Ibu dan bapa saya bercerai ketika saya berusia 8 tahun dan saya tinggal bersama bapa saya.
"Tiada siapa memberitahu saya yang ibu saya sebenarnya meninggalkan kami dan memaksa bapa saya membesarkan saya bersendirian. Saya tidak tahu itu selama ini," katanya lagi.
Jewel mendedahkan dia juga didera oleh bapanya.
"Bapa saya sering memukul saya terutamanya ketika dia mabuk. Jadi pada saya dia seorang yang 'jahat'.
"Ibu saya pula seorang yang sangat tenang jadi saya tidak sangka yang saya juga didera olehnya tapi dalam cara yang lain," katanya.
Dalam satu memoir 'Never Broken - Songs Are Only Half The Story' pada tahun 2015, Jewel menceritakan tentang kisah hidupnya ketika kecil.
"Sesiapa sahaja yang membaca buku ini akan berfikiran saya menyatakan perkara buruk tentang ibu bapa saya namun ia kisah benar.
"Selepas saya menyiasat perkara sebenar tentang ibu saya, saya menyedari dia bukan orang yang saya sangkakan selama ini," katanya.
Topic Berkaitan
#jewel
#menggelapkan wang
#Kemurungan
#hutang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan