awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jika Brexit menjadi kecoh, Ratu Elizabeth mungkin dipindahkan

Agensi
Agensi
03/02/2019
04:55 MYT
Jika Brexit menjadi kecoh, Ratu Elizabeth mungkin dipindahkan
Laporan The Mail mengesahkan kewujudan pelan untuk memindahkan keluarga diraja, termasuk Ratu England, Queen Elizabeth ke lokasi yang lebih selamat daripada London - Gambar hiasan.
Pihak berkuasa Britain telah mengembalikan pelan kecemasan dari zaman Perang Dingin untuk memindahkan keluarga diraja sekiranya kekecohan berlaku susulan Brexit pada bulan depan.
“Pelan pemindahan kecemasan tersebut telah wujud sejak Perang Dingin, namun kini telah dipinda sekiranya berlaku gangguan awam susulan Brexit tanpa perjanjian,” kata seorang ahli pejabat Kabinet kerajaan menurut laporan The Sunday Times pada Ahad.
Laporan The Mail turut mengesahkan kewujudan pelan untuk memindahkan keluarga diraja, termasuk Ratu England, Queen Elizabeth ke lokasi yang lebih selamat daripada London.
Kerajaan Britain sedang bergelut untuk mendapatkan sokongan Parlimen untuk perundingan perjanjian Brexit bersama Kesatuan Eropah (EU) sebelum tarikh tamatnya pada 29 Mac.
Kedua-dua pihak kerajaan serta sektor swasta turut sedang menyediakan pelan kontigensi pasca Brexit tanpa perjanjian.
Beberapa kumpulan perniagaan telah menyarankan mengenai gangguan yang meluas sekiranya terdapat penangguhan panjang pada import barangan Kesatuan Eropah (EU) susulan perubahan dalam semakan kastam, serta mungkin menyebabkan kekurangan makanan dan ubat.
Topic Berkaitan
#Brexit
#Britain
#EU
#kabinet
#kastam
#keluarga
#keluarga diraja
#kerajaan
#Kesatuan Eropah
#London
#Parlimen
#Queen Elizabeth II
#Ratu England
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan