UZHHOROD (Ukraine): Wanita pertama Amerika Syarikat, Jill Biden membuat lawatan mengejut ke Ukraine pada Ahad untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat negara itu.
Biden melawat sebuah sekolah yang berfungsi sebagai tempat perlindungan sementara dan bertemu wanita pertama Ukraine, Olena Zelenska.
“Saya fikir adalah penting untuk menunjukkan kepada rakyat Ukraine bahawa perang ini harus dihentikan dan rakyat Amerika Syarikat berdiri bersama Ukraine,” kata Biden, menurut laporan Washington Post.
Sekolah itu berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi 163 warga Ukraine yang kehilangan tempat tinggal, termasuk 47 kanak-kanak.
Biden, yang berada di negara jiran Slovakia untuk bercuti, bertemu Zelenska, yang membuat penampilan umum pertamanya sejak pencerobohan Rusia bermula pada 24 Februari, menurut seorang pegawai AS.
Zelenska berkata tindakan Biden itu sangat berani.
"Kami sangat terharu dengan sokongan dan Hari Ibu hari ini adalah sangat simbolik kerana kami juga merasakan kasih sayang dan sokongan anda pada hari ini," kata Zelenska.
Presiden AS, Joe Biden telah mengetuai usaha untuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas Rusia dan menekan Presiden Vladimir Putin untuk menamatkan perang.
Joe Biden belum pernah ke Ukraine sejak pencerobohan Rusia, tetapi beberapa pegawai tertinggi AS iaitu Setiausaha Negara Antony Blinken, Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin, dan Speaker Nancy Pelosi telah melawat Kiev dalam tempoh dua minggu lepas.
Agensi
Sun May 08 2022
Biden melawat sebuah sekolah yang berfungsi sebagai tempat perlindungan sementara dan bertemu wanita pertama Ukraine, Olena Zelenska. - Foto REUTERS
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini bersama empat individu lain.
Rasuah jenayah bersifat unik - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media.
Media arus perdana masih sumber paling dipercayai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menasihatkan masyarakat tidak menjadikan berita di media sosial khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan sebagai sumber utama yang boleh dipercayai.
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Isteri Presiden AS, Jill Biden positif COVID-19
Jill Biden disahkan positif ketika sedang bercuti bersama keluarganya di South Carolina, AS.
Jill Biden buat lawatan mengejut ke Ukraine
Wanita pertama Amerika Syarikat, Jill Biden membuat lawatan mengejut ke Ukraine pada Ahad untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat negara itu.
Memperkenalkan 'Kucing Pertama AS', Willow
Willow, berusia dua tahun, berwarna kelabu, berasal dari sebuah ladang di Pennsylvania dan kini digelar America's First Cat.