SEMENTARA satu dunia gelisah menunggu keputusan pilihan raya Amerika Syarikat (AS), Thailand 'sudah mendapat jawapan' yang ditunggu-tunggu itu.

Keputusan siapakah pemimpin AS yang akan memegang jawatan Presiden AS bagi terma seterusnya sudah disahkan oleh seekor cerpelai yang 'ditugaskan' untuk meramalkan keputusan itu.

Video yang dimuat naik di Facebook oleh pihak pengurusan Zoo Songkhla, menunjukkan aksi mamalia itu melihat kedua-dua gambar calon wakil Republikan dan Demokrat itu digantung di atas batang itu.

 
Sumber Facebook SongkhlaZooPage

Haiwan itu kemudian keluar daripada sebuah lubang dan mengambil sedikit masa melihat gambar Donald Trump dan Joe Biden, sebelum menyentuh gambar Biden beberapa kali.

Tahniah Biden!