awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi arah pegawai kerajaan makan makanan gerai untuk kurangkan bajet

AFP
AFP
28/11/2014
13:49 MYT
Jokowi arah pegawai kerajaan makan makanan gerai untuk kurangkan bajet
Indonesia telah mengarahkan pegawai-pegawai mereka untuk makan makanan gerai dan bukannya makanan luar negara.
Indonesia telah mengarahkan pegawai-pegawai mereka untuk makan makanan gerai dan bukannya makanan luar negara.
Ini adalah langkah terbaharu oleh kerajaan untuk melumpuhkan birokrasi yang berlebihan.
Makanan seperti ubi kayu, jagung rebus dan kek keladi harus dihidangkan di majlis rasmi dan bilangan tetamu yang dijemput untuk upacara birokrat berpangkat tinggi harus dihadkan kepada 400, kata seorang menteri.
Presiden Joko Widodo, dikenali sebagai seorang yang sederhana, telah membuat banyak pengurangan dari segi perbelanjaan rasmi.
Beliau telah pun mengurangkan perjalanan dan bajet mesyuarat untuk tahun depan, malah minggu lepas terbang dalam kelas ekonomi ke Singapura bagi menghadiri majlis graduasi anaknya.
Tindakan itu telah mendapat pujian di laman siber.
Mengumumkan langkah terkini ini, menteri reformasi birokrasi, Yuddy Chrisnandi, mengarahkan pegawai-pegawai untuk "menghentikan perkara yang keterlaluan."
Chrisnandi berkata langkah ini akan diguna pakai di semua kementerian dan agensi kerajaan mulai 1 Disember dan sesiapa yang mengingkarinya akan berdepan tindakan seperti diturunkan pangkat atau ditangguhkan pemberian bonus.
Kementeriannya telah pun mengeluarkan satu senarai makanan yang dibenarkan dan mengarahkan jenis minuman dihadkan kepada kopi, teh dan air.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Joko Widodo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan