JAKARTA: Sebagai ketua negara, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengakui beliau sangat khuatir kerana sebilangan rakyatnya tetap nekad untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri yang akan diraikan pada pertengahan bulan depan.
Kekhuatiran itu dinyatakan berikutan budaya balik kampung atau lebih dikenali sebagai ‘mudik lebaran’ akan tetap dilakukan sekalipun kerajaan sudah mengeluarkan kenyataan tradisi itu tidak dibenarkan sempena lebaran tahun ini.
"Saya betul-betul masih khuatir mengenai mudik di Hari Raya Aidifitri akan datang," kata Jokowi ketika menyampaikan arahan kepada semua ketua daerah Indonesia seperti yang ditayangkan di saluran YouTube Sekretariat Presiden pada Khamis.
Berdasarkan kaji selidik yang dibuat Kementerian Perhubungan, terdapat 18.9 juta orang yang merancang untuk pulang ke kampung halaman sempena sambutan Syawal sekalipun larangan sudah dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia.
Sebelum perintah larangan ‘mudik lebaran’ dibuat, dianggarkan 89 juta atau 33 peratus daripada populasi Indonesia berhajat pulang ke kampung halaman.
Sejurus larangan perjalanan rentas negeri dan daerah dikeluarkan, peratusan mereka yang ingin pulang ke kampung turun kepada 11 peratus atau 29 juta orang tetap mahu berbuat demikian.
Bagaimanapun, angka itu kini turun kepada tujuh peratus.
"Tetapi angkanya juga masih besar… hati-hati 18.9 juta orang yang masih akan mudik," kata Jokowi.
Jokowi dalam masa sama menggesa semua ketua daerah agar lebih berhati-hati dalam menguruskan proses tradisi balik kampung itu memandangkan pada sambutan Aidilfitri tahun lalu kes COVID-19 di Indonesia meningkat 93 peratus walaupun larangan balik kampung sudah dibuat.
"Jadi sekali lagi hati-hati dengan mudik lebaran, hati-hati kendalikan dan pengaturan mudik itu sangat penting sekali," tegas Jokowi lagi.
Pemerintah menetapkan larangan balik kampung berkuatkuasa 6 hingga 17 Mei ini bagi seluruh masyarakat Indonesia.
Bahkan Presiden Indonesia itu sendiri tidak akan menyambut lebaran di kampung halamannya di Solo, Jawa Tengah.
BACA: Dari Presiden Indonesia hingga rakyat jelata, semuanya tidak dibenar mudik lebaran
Sebelum ini, pejabat Jokowi memaklumkan, dalam usaha untuk memastikan rakyat tidak balik ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Presiden serta Naib Presiden Indonesia, Maáruf Amin membuat keputusan untuk menyambutnya di Jakarta.
Bahkan, seluruh anggota Kabinet serta pegawai-pegawai tertinggi kerajaan juga akan melakukan perkara yang serupa bagi mengukang penularan COVID-19.
Keputusan ini diharap dapat menjadi teladan bagi seluruh rakyat di negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia agar tidak pulang ke kampung untuk meraikan hari raya seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.
Astro Awani
Thu Apr 29 2021
"Saya betul-betul masih khuatir mengenai mudik di Hari Raya Aidifitri akan datang," kata Jokowi ketika menyampaikan arahan kepada semua ketua daerah Indonesia pada Khamis.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Pintu Gerindra terbuka untuk bekas Presiden Jokowi - Muzani
Pada dasarnya parti politik pimpinan Presiden Prabowo Subianto itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya.
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada bekas Presiden Joko Widodo atas khidmat beliau selama ini dan mengiktiraf usahanya dalam mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Mendepani cabaran Global: Strategi Prabowo untuk kestabilan dan kemakmuran
Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto menekankan kepentingan peralihan kepimpinan dan menggariskan visinya untuk masa depan negara.
Jokowi, menteri Kabinet luang masa di kafe berhampiran Istana Garuda
Jokowi menjemput beberapa menteri Kabinet meluangkan masa santai menikmati kopi di sebuah kedai di Istana Garuda, Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.
Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden
Edy Priyono mengesahkan penurunan kelas pertengahan, namun menegaskan bahawa golongan ini tidak jatuh ke dalam kancah kemiskinan.
Pentadbiran Prabowo tawar pemeriksaan kesihatan percuma mulai 2025
Peruntukan bagi menjayakan program berkenaan dianggarkan sekitar Rp5 trilion (kira-kira RM1.36 bilion).
Lapangan Terbang Nusantara sambut pendaratan sulung Jokowi
Jokowi menggunakan pesawat rasmi yang berlepas dari Pontianak, Kalimantan Barat.
Iriana mohon maaf andai Jokowi lakukan kesilapan ketika pimpin Indonesia
Isteri kepada Presiden Joko Widodo, Iriana Jokowi memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan sepanjang tempoh perkhidmatan suaminya sebagai Presiden Indonesia.
Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua.