Walaupun sibuk dengan rutin hariannya, Presiden Indonesia Joko Widodo, sempat meluangkan masa berjumpa dengan ibu bapa suspek yang bertanggungjawab menghina presiden ketujuh Republik itu, lapor Jakarta Globe.
Muhammad Arsyad Assegaf, 23, seorang pekerja restoran telah ditahan selepas memuatnaik satu gambar berunsur lucah yang membabitkan Jokowi dan Megawati Sukarnoputri yang merupakan Ketua Umum Parti Perjuangan Demokrasi Indonesia.
Jakarta Globe turut melaporkan ibu bapa Muhammad Arsyad telah menyuarakan hasrat untuk berjumpa Jokowi untuk memohon maaf bagi pihak anak lelaki mereka.
“Saya sudah memaafkannya (Muhammad Arsyad) sepenuhnya. Dan juga beritahu anak anda Muhammad Arsyad supaya lebih berhati-hati dari sekarang,” Jokowi dipetik sebagai berkata kepada ibu bapa suspek itu.
Jokowi berkata beliau hanya menyedari tentang kejadian itu pada Jumaat, dan Presiden itu dilaporkan sebagai berkata setiap individu bebas untuk bersuara dan tidak sepatutnya melampaui batasan.
Jokowi turut dipetik sebagai berkata yang beliau akan mengarahkan pihak polis untuk membebaskan Muhammad Arsyad pada Ahad.
Muhammad Arsyad ditahan polis pada 23 Oktober selepas polis berjaya mengesan alamat IP peribadinya, sejurus selepas dia memuatnaikkan gambar pornografi itu ke laman Facebooknya sewaktu kempen Pilihanraya Umum presiden Indonesia yang diadakan pada 9 Julai lalu.
Jokowi dilantik sebagai Presiden Republik Indonesia pada Oktober.
Muhammad Arsyad memberitahu pihak polis bahawa dia tidak tahu bahawa dia telah melakukan satu kesalahan jenayah. Jika sabit kesalahan, Muhammad Arsyad boleh dikenakan penjara selama 12 tahun untuk fitnah dan memiliki bahan pornografi.
Awal minggu ini, ibu suspek, Mursidah, 49 merayu agar Presiden Indonesia kelahiran Solo, Jawa Tengah yang berusia 53 tahun itu membebaskan anaknya dari tahanan Ibu Pejabat Polis Republik Indonesia.
T K Letchumy Tamboo
Sun Nov 02 2014
Presiden Indonesia, Jokowi sempat berjumpa dengan ibu-bapa seorang penyebar gambar berunsur pornografi.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
'Boy Tiger', ibu budak lelaki mangsa dera dicari untuk bantu siasatan
Seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia di Hospital Ampang dipercayai didera.
Jokowi sedia maafkan individu yang menghinanya
Presiden Indonesia, Joko Widodo sempat berjumpa dengan ibu bapa seorang penyebar gambar berunsur pornografi.