Fenomena 'Om Telolet Om' di mana masyarakat meminta pemandu bas dan lori membunyikan hon berirama sebagai hiburan untuk mereka, turut mendapat reaksi Presiden Joko Widodo.
Media dalam talian memetik Presiden Indonesia yang lebih dikenali dengan nama Jokowi itu berkata, fenomena tersebut adalah satu cara rakyat mencari hiburan secara sederhana dan merasa bahagia mengenainya.
"(Om Telolet Om) sebuah kesederhanaan, sebuah kesenangan, sebuah kebahgiaan dari rakyat untuk memperoleh sebuah hiburan atau hobi, saya kira sangat bagus," katanya.
Fenomena yang bermula di Indonesia itu kini dilaporkan telah berjangkit ke seluruh dunia apabila ia menjadi viral di media sosial menerusi video orang awam terutamanya golongan remaja memegang kad besar di tepi jalan dengan tulisan 'Om Telolet Om' yang bermaksud "Pakcik, bunyikan hon berirama, pakcik'.
Jokowi berkata fenomena 'Om Telolet Om' adalah bukti kekuatan pengaruh media sosial dalam kalangan rakyat seluruh dunia sehingga sesuatu aktiviti di sesebuah negara boleh menjadi ikutan di negara lain.
Namun, 'kegilaan' itu mendapat reaksi berbeza daripada polis yang tidak setuju atas alasan terdapat kenderaaan yang menggunakan hon berirama secara melampau, bukannya menggunakan hon yang mengikut standard speksifikasi kenderaan.
Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Republik Indonesia Martinus Sitompul berkata, fungsi hon ialah untuk memberi isyarat secara berbunyi dan fenomena 'Om Telolet Om' itu menyebabkan hon dibunyikan tanpa sebab.
Katanya, peraturan hon kenderaan yang ditetapkan menyebut ia harus digunakan secara tidak mengganggu konsentrasi pemandu lain.
Beliau berkata, mengikut Perkara 279 Undang-undang Lalulintas dan Angkutan Jalan Nombor 22 Tahun 2009, pemandu kenderaan yang mengganggu keselamatan lalu lintas boleh dihukum penjara dua bulan dan denda tidak melebihi Rp500,000 (RM161).
Martinus berkata, polis akan memberi peringatan kepada pemandu bas yang menggunakan hon berirama dan tidak teragak-agak mengeluarkan saman jika mereka terus melanggar arahan.
Katanya, selain itu perbuatan kanak-kanak yang menunggu bas di tepi jalan untuk mendengar hon berirama tersebut juga adalah berbahaya kerana boleh mengakibatkan kemalangan.
Polis di daerah Kediri Kota di Jawa Timur pula telah mengeluarkan larangan kepada semua pemandu bas membunyikan hon berirama itu.
Ketua Polis Trafik Kediri Kota Mohamad Amirul Hakim berkata bunyi hon berirama itu dianggap mengganggu pengguna jalan dan boleh mengakibatkan kemalangan.
Katanya polis telah menemui pengusaha bas dan pengeluar hon berirama bagi memberi penerangan mengenai larangan penggunaan hon seperti itu di daerah berkenaan.
"Hasil perjumpaan dan perbincangan yang dilakukan, pengusaha bas bersetuju untuk tidak menggunakan hon berirama dalam bas mereka," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2016
Kanak-kanak ini menunjukkan tulisan 'Om Telolet Om' kepada pemandu kenderaan di pinggir jalan di Solo, Jawa Tengah, Indonesia semasa kegilaan itu tercetus. - Foto AP
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jokowi suka fenomena 'Om Telolet Om' tetapi polis akan keluarkan larangan
Fenomena 'Om Telolet Om' di mana masyarakat meminta pemandu bas dan lori membunyikan hon berirama sebagai hiburan untuk mereka, turut mendapat reaksi Presiden Joko Widodo.