awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah kematian akibat banjir di Libya catat lebih 11,000 - PBB

Bernama
Bernama
17/09/2023
06:32 MYT
Jumlah kematian akibat banjir di Libya catat lebih 11,000 - PBB
Ribut kuat Daniel melanda Libya pada 10 September lalu menyebabkan dua empangan pergunungan di pelabuhan Derna pecah, menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air. - Foto Reuters
BENGHAZI: Jumlah kematian ekoran banjir besar di Libya meningkat kepada kira-kira 11,300 dan bandar Darna dilaporkan paling terjejas teruk, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), lapor dpa.
OCHA berkata 10,100 lagi masih hilang di Derna, manakala dianggarkan 170 orang lagi terbunuh di beberapa kawasan lain di timur Libya.
"Jumlah korban dijangka meningkat memandangkan misi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan," kata OCHA.
Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hampir 4,000 orang yang terkorban dalam banjir itu telah dikenal pasti.
Ribut kuat Daniel melanda Libya pada Ahad, 10 September selepas membadai Greece, Bulgaria dan Turki.
Dua empangan di pergunungan di pelabuhan Derna pecah, menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Libya
#PBB
#Darna
#WHO
#penduduk hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan