awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN masih kumpul maklumat berhubung dakwaan kultus Korea Selatan
[TERKINI] Rawatan Tun M: 'Pembedahan bukan opsyen terbaik buat masa ini' - Mukhriz
Bekas Panglima Tentera Darat hadir ke ibu pejabat SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah kematian demam Lassa di Nigeria meningkat ke 177

Bernama
Bernama
20/11/2025
14:42 MYT
Jumlah kematian demam Lassa di Nigeria meningkat ke 177
Sebanyak 966 kes disahkan dilaporkan dari Januari hingga Oktober di 106 kawasan kerajaan tempatan di 21 negeri di dalam negara itu. - Gambar fail/Reuters
ABUJA: Jumlah kematian akibat wabak demam Lassa di Nigeria, negara paling ramai penduduk di Afrika, meningkat kepada 177 sejak awal tahun ini, menurut pihak berkuasa pada Khamis, lapor Xinhua.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) dalam kemas kini terbaharunya berkata sebanyak 966 kes disahkan dilaporkan dari Januari hingga Oktober di 106 kawasan kerajaan tempatan di 21 daripada 36 negeri di dalam negara itu.
Agensi berkenaan berkata kadar kematian akibat penyakit itu ialah 18.3 peratus, lebih tinggi berbanding 16.5 peratus yang direkodkan dalam tempoh sama pada 2024. Ia mengaitkan peningkatan itu dengan "kelewatan mendapatkan rawatan dan sikap kurang mengambil berat terhadap kesihatan, yang sering dikaitkan dengan kos rawatan yang tinggi".
Negeri paling terjejas ialah Edo dan Ondo di selatan, serta Bauchi dan Taraba di utara, yang menyumbang lebih 87 peratus daripada semua kes disahkan. Ondo sahaja mewakili 36 peratus daripada jumlah keseluruhan, menurut NCDC.
Kumpulan umur paling terjejas ialah 21 hingga 30 tahun, dengan nisbah lelaki kepada wanita 1:0.8.
Sanitasi yang buruk, kesedaran rendah dalam komuniti berisiko tinggi, dan kelewatan mendapatkan rawatan terus memburukkan lagi wabak itu, kata NCDC.
Demam Lassa, penyakit demam berdarah virus akut, kebiasaannya merebak melalui makanan atau barangan rumah yang tercemar dengan air kencing atau najis tikus. Penularan antara manusia juga boleh berlaku melalui sentuhan langsung dengan darah, air liur, air kencing atau najis individu yang dijangkiti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#demam lassa
#angka korban
#kes kematian
#kesihatan
#Nigeria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan