DUNIA
Jumlah kematian mangsa disambar petir di Bihar meningkat kepada 33 orang

Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh dan puluhan cedera akibat disambar petir ketika ribut monsun melanda Bihar, India. -Gambar hiasan/Bernama
PATNA: Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera akibat disambar petir dalam tempoh dua hari ketika ribut monsun melanda negeri Bihar di timur India, lapor Xinhua dan media tempatan.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh dan puluhan cedera akibat disambar petir ketika ribut monsun melanda Bihar, India.
- Kebanyakan mangsa adalah petani dan buruh, dengan daerah seperti Patna, Nalanda dan Vaishali antara yang paling terjejas.
- Ketua Menteri Bihar umum pampasan kepada waris mangsa, sementara ribut dan hujan lebat dijangka berterusan hingga 24 Julai dengan risiko banjir dan tanah runtuh.
Dua wanita dilaporkan mengalami kecederaan serius akibat terbakar dan kini dirawat di hospital tempatan.
Gambar dari Patna menunjukkan langit kelabu disinari kilat yang kuat ketika hujan lebat turun secara berterusan.
Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengumumkan pampasan sebanyak 400,000 rupee (kira-kira RM21,000) kepada waris setiap mangsa yang terkorban.
Jabatan Meteorologi India memberi amaran bahawa hujan lebat dan ribut petir dijangka berterusan sehingga 24 Julai, dengan risiko banjir dan tanah runtuh meningkat di beberapa kawasan.
Dalam tempoh 24 jam lalu, daerah Kaimur mencatatkan hujan tertinggi sebanyak 160.4 mm.
Data kerajaan menunjukkan lebih 2,500 orang disambar petir setiap tahun di India, dengan Bihar mencatatkan 243 kematian pada 2024 dan 275 pada 2023.
Pakar cuaca menyatakan bahawa perubahan iklim menyumbang kepada peningkatan aktiviti kilat dan ribut yang lebih ekstrem.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami