GAZA: Lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 70,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Khamis.

Jurucakap kementerian itu Ashraf al-Qudra berkata sekurang-kurangnya 79 orang terbunuh dalam serangan Israel di kawasan yang dilanda perang sejak Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Menurut jurucakap itu, kanak-kanak, wanita dan warga emas antara sebahagian besar yang menjadi mangsa serangan itu.

Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur turut rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

-- BERNAMA