awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dapur Siswa MADANI UMK bantu mahasiswa tangani kos sara hidup
Penganggur ditahan miliki heroin, syabu bernilai lebih RM1,300
Trump mahu Greenland: Eropah beri amaran keras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah penumpang udara di Singapura cecah 31 peratus

Bernama
Bernama
18/04/2022
20:32 MYT
Jumlah penumpang udara di Singapura cecah 31 peratus
Menurut CAAS, peningkatan itu berdasarkan volum trafik yang meningkat di semua pasaran utama, dengan pertumbuhan kukuh terutamanya trafik keluar dan masuk dari Australia, Malaysia, Indonesia dan Thailand. - Gambar fail/Instagram changiairport
SINGAPURA: Jumlah penumpang udara di Singapura mencecah 400,000 atau 31 peratus dari tahap pasca-COVID untuk minggu berakhir 17 April 2022, meningkat 18 peratus berbanding bulan lepas, berikutan pembukaan semula sempadan kepada pengembara lengkap vaksinasi, mulai 1 April 2022.
"Perjalanan udara kembali pulih dengan baik dan kami jangka jumlahnya akan terus meningkat, terutamanya pada hujung minggu sepanjang Aidilfitri dan musim cuti sekolah pada Jun," kata Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) Han Kok Juan dalam satu kenyataan semalam.
Menurut CAAS, peningkatan itu berdasarkan volum trafik yang meningkat di semua pasaran utama, dengan pertumbuhan kukuh terutamanya trafik keluar dan masuk dari Australia, Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Peningkatkan itu membabitkan pelancong antarabangsa dan tempatan, dengan warga Singapura dan penduduk tetap merangkumi 32 peratus daripada jumlah keseluruhan, katanya.
Bilangan penerbangan penumpang juga meningkat kepada 38 peratus pada minggu yang sama berbanding 29 peratus pada bulan lepas.
Kekerapan penerbangan keluar dan masuk dari Australia, India, Indonesia, Malaysia dan Vietnam turut menyaksikan peningkatan yang ketara, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#pengembara lengkap vaksinasi
#caas
#penumpang udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan