Skip to main content

Malaysia

Jerebu: 27 kawasan kekal catat IPU tidak sihat, Kimanis sertai Limbang dalam zon baik

Di Lembah Klang, Batu Muda mencatatkan bacaan 161, diikuti Petaling Jaya (159), Klang (158), Banting (155), serta Cheras, Putrajaya dan Shah Alam yang masing-masing merekodkan bacaan 154. -Gambar fail
Di Lembah Klang, Batu Muda mencatatkan bacaan 161, diikuti Petaling Jaya (159), Klang (158), Banting (155), serta Cheras, Putrajaya dan Shah Alam yang masing-masing merekodkan bacaan 154. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 11 pagi ini.
  • Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 173, diikuti beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Lembah Klang.
  • Orang ramai, terutama golongan berisiko, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan jerebu yang menjejaskan beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 11 pagi ini.

Berdasarkan data rasmi, Johan Setia di Selangor kekal merekodkan bacaan tertinggi dengan IPU 173, meningkat satu mata berbanding bacaan pada jam 10 pagi. Nilai di Negeri Sembilan pula kekal pada paras 169.

Di Melaka, Bukit Rambai mencatatkan bacaan 167, manakala Alor Gajah meningkat kepada 166 dan Bandaraya Melaka kekal pada 164.

Tangkak di Johor merekodkan bacaan 163, sementara Larkin menunjukkan penurunan tiga mata kepada 149. Di Sarawak, Kuching mencatatkan penurunan terbesar apabila bacaan IPU susut 25 mata kepada 126 berbanding sejam sebelumnya.

Di Lembah Klang, Batu Muda mencatatkan bacaan 161, diikuti Petaling Jaya (159), Klang (158), Banting (155), serta Cheras, Putrajaya dan Shah Alam yang masing-masing merekodkan bacaan 154.

Kawasan lain yang masih berada dalam kategori tidak sihat termasuk Batu Pahat dan Pasir Gudang (159), Rompin (158), Kota Tinggi (154), IPD Serian (153), Port Dickson (152), Kluang (152), Indera Mahkota Kuantan (152), Pengerang dan Samarahan (114), serta Seri Manjung (110).

Secara keseluruhan, kebanyakan kawasan berstatus tidak sihat masih tertumpu di pantai barat Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak.

Tasek Ipoh di Perak merekodkan bacaan tertinggi dalam kategori sederhana pada paras 98.

Sementara itu, kategori kualiti udara baik kini melibatkan dua kawasan apabila Kimanis di Sabah mencatatkan bacaan 49 dan Limbang di Sarawak merekodkan bacaan 44, sekali gus kekal sebagai kawasan yang mempunyai kualiti udara terbaik di negara ini.

Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.

Orang ramai terutama kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai penyakit pernafasan dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang menjejaskan beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 11 pagi? 
    A: Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 11 pagi.
  • Q: Kawasan manakah yang merekodkan bacaan IPU tertinggi dan berapakah nilainya? 
    A: Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 173.
  • Q: Apakah nasihat kepada orang ramai susulan keadaan jerebu yang menjejaskan beberapa negeri? 
    A: Orang ramai terutama kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai penyakit pernafasan dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar.
  • Q: Apakah klasifikasi bacaan IPU mengikut APIMS? 
    A: Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 berbahaya.
  • Q: Kawasan manakah yang mencatatkan kualiti udara terbaik di negara ini? 
    A: Kimanis di Sabah dan Limbang di Sarawak mencatatkan kualiti udara terbaik dengan bacaan IPU masing-masing 49 dan 44.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement