awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah rakyat Palestin ditahan di penjara Israel melebihi 7,000

Bernama
Bernama
27/11/2023
07:48 MYT
Jumlah rakyat Palestin ditahan di penjara Israel melebihi 7,000
Israel menahan lebih 3,200 rakyat Palestin dalam tempoh 8 Okt hingga 14 Nov, dengan angka tertinggi dari Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis. -Gambar hiasan/Twitter Bernama
RAMALLAH: Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mendedahkan jumlah tahanan rakyat Palestin di kesemua penjara Israel melebihi 7,000 orang, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Memetik kenyataan berbahasa Arab suruhanjaya berkenaan pada Ahad, WAFA melaporkan tentera Zionis Israel menahan lebih 3,200 rakyat Palestin dalam tempoh 8 Okt hingga 14 Nov, dengan angka tertinggi dari Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis.
Ini termasuk lebih 200 remaja dan kanak-kanak, 78 wanita selain ratusan orang sakit dan cedera yang masih memerlukan rawatan.
"Seramai 29 daripada 41 wartawan yang ditangkap masih dalam tahanan sejak 7 Okt," menurut kenyataan itu.
Menurut WAFA, tentera Zionis Israel mula mempergiat operasi penangkapan di lapangan sehari selepas konflik Israel-Gaza memuncak pada 7 Okt, termasuk melakukan serbuan ke premis-premis awam, merosak dan memusnahkan rumah penduduk di Gaza selain memukul keluarga tahanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#tahanan rakyat Palestin
#penjara Israel
#tentera Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan