Seorang juruterbang pesawat Saudi Arabia menimbulkan kegemparan hari ini apabila tersilap menekan butang amaran pesawat, menimbulkan kebimbangan kemungkinan berlaku rampasan pesawat dan ancaman keselamatan di Lapangan Terbang Manila, Filipina hari ini .

Susulan itu, polis dan pihak keselamatan lapangan terbang bertindak mengepung pesawat terbabit sejurus mendarat dan menara kawalan melaporkan terdapat ancaman terhadap pesawat itu.

Penumpang terpaksa berada di dalam pesawat lebih dua jam, namun dibenarkan keluarkan selepas disahkan tiada sebarang ancaman.

“Situasi kembali normal. Adalah didakwa juruterbang tertekan butang lampu kecemasan secara tidak sengaja,” Ketua Polis Manila, Oscar Albayalde memaklumkan kepada wartawan.

Pesawat itu dilaporkan berlepas dari Jeddah, Arab Saudi sebelum mendarat di ibu negara Filipina itu.

Panggilan amaran itu menyebabkan kawalan trafik udara itu diletakkan di bawah kawalan ancaman.

Pesawat berkenaan juga diasingkan atas faktor keselamatan.

Dalam pada itu, kebanyakan penumpang dilaporkan telah diturunkan di satu lokasi lain di kawasan lapangan terbang berkenaan.