JAKARTA: Pergerakan balik ke kampung halaman sempena musim perayaan atau "mudik" melibatkan berjuta-juta rakyat Indonesia yang bekerja di bandar-bandar utama untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri mencapai kemuncaknya hari ini.
Lebih-lebih lagi, buat pertama kali dalam tempoh dua tahun rakyat Indonesia dibenarkan pulang ke kampung halaman apabila kerajaan melonggarkan sekatan akibat COVID-19, berikutan kes jangkitan yang rendah dan usaha yang diambil untuk memulihkan ekonomi.
Rakyat Indonesia dijangka menyambut hari mulia itu pada Isnin atau Selasa.
Kira-kira 85 juta orang dijangka melakukan perjalanan, termasuk 14 juta dari kawasan metropolitan Jakarta, dengan 23 juta kereta persendirian dan 17 juta motosikal meninggalkan ibu kota.
Bagi melindungi orang ramai semasa mudik tahun ini, kerajaan mempercepatkan vaksinasi COVID-19 dengan menyediakan akses yang lebih baik kepada vaksin termasuk di lapangan terbang, terminal bas dan pelabuhan.
Sehingga hari ini, kira-kira 80 peratus daripada 208 juta populasi sasaran telah menerima dos kedua vaksin dengan 36 juta sudah mendapat suntikan penggalak.
Kerajaan mengingatkan rakyatnya agar sentiasa berwaspada bagi mengelak lonjakan kes baharu COVID-19 dan kemunculan gelombang baharu penularan virus.
Presiden Joko Widodo dijadual menunaikan solat sunat Aidilfitri di Yogyakarta dan tidak akan menganjurkan rumah terbuka semasa sambutan itu.
Sementara itu, Zulkarnain, 33, seorang pengawal keselamatan di Jakarta, memberitahu Bernama beliau sangat teruja untuk berjumpa ibu bapanya untuk berhari raya.
"Saya akan mengambil cuti selama dua minggu dan penerbangan saya ke Palembang esok.
"Saya tidak sabar untuk bertemu dengan mereka terutamanya ibu saya. Saya sangat rindukan makanan kegemaran saya, Pempek. Kami baru sahaja membuat panggilan video. Ibu saya ada di dapur menyediakannya."
Pempek ialah makanan istimewa dari Palembang di Sumatera Selatan yang diperbuat daripada ikan dan ubi kayu.
Sejak dua tahun lalu Zulkarnain dan keluarganya menyambut Aidilfitri secara maya menerusi panggilan video WhatsApp.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022
Kira-kira 85 juta orang dijangka melakukan perjalanan, termasuk 14 juta dari kawasan metropolitan Jakarta, dengan 23 juta kereta persendirian dan 17 juta motosikal meninggalkan ibu kota. - Foto REUTERS
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Rakaman dashcam puting beliung di Nebraska
Visual yang anda saksikan tadi adalah rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan detik puting beliung di Nebraska pada 26 April lalu.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Kenakan sekatan, hanti eksport senjata ke Israel - OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.
Qantas Airways sedia bayar penalti 100 juta dolar Australia
Qantas Airways berkata pada Isnin bersetuju untuk membayar penalti sebanyak A$100 juta dolar Australia untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah susulan kes menjual tiket yang telah dibatalkan.
Putin angkat sumpah untuk penggal kelima pada selasa
Majlis itu yang dijadualkan berlangsung di Kremlin, menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin yang memenangi 87 peratus undi semasa Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada Mac.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Jemaah wanita dinasihat kurangkan pergerakan jika disahkan hamil
Ada nasihat siberikan Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong kepada jemaah haji wanita yang disahkan hamil semasa musim haji baik sebelum atau selepas tiba di Tanah Suci.
Anak akan rindu nyanyian 'live' Hail Amir
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan minggu lalu.
Nabila Razali seronok beraya di Kelantan, suka disapa Mek Nab
Comel pula nama panggilan Mek Nab!
Remy Ishak bawa anak balik kampung
Tahun ini merupakan lebaran yang lebih sempurna dengan kehadiran putera sulungnya, Tuah Alam yang kini berusia hampir sembilan bulan.
Aidilfitri: Tempahan hotel kucing penuh sejak Januari
Tempahan hotel untuk kucing peliharaan mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
Jutaan penduduk Jakarta mula mudik ke kampung halaman untuk Aidilfitri
Dianggarkan sekitar 193 juta penduduk bergerak menuju ke destinasi masing-masing susulan cuti perayaan yang panjang tahun ini.
Aidilfitri: Pengangkutan awam tetap jadi pilihan pulang beraya
Suasana menyambut Aidilfitri semakin jelas terasa terutama di terminal pengangkutan awam apabila ramai yang memilih untuk pulang berhari raya menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api.
Aidilfitri: Hampir 1 juta kenderaan perantau masuk ke Kelantan
Hampir sejuta kenderaan anak-anak perantau masuk ke Kelantan menerusi tiga pintu masuk utama sejak Jumaat lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Aidilfitri: Tol percuma bermula hari ini, aliran trafik dijangka meningkat
Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini.
PLUS buka 18 lorong tambahan ‘Smart Lane’ sempena Aidilfitri
Lorong kecemasan akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk kegunaan kenderaan ringan, persendirian atau penumpang untuk waktu tertentu.
Perantau Kelantan disarankan pulang beraya guna jalan Gua Musang-Jeli
Pemandu yang menghala ke Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat, dinasihat agar gunakan laluan itu bagi menampung jangkaan pertambahan mendadak kenderaan.
Aliran trafik di PLUS mulai meningkat menjelang Tahun Baharu Cina esok
Trafik ke arah utara perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang Selatan dan Rawang Selatan menuju ke Rawang.