awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Hampir 1 juta kenderaan perantau masuk ke Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
08/04/2024
10:20 MYT
Aidilfitri: Hampir 1 juta kenderaan perantau masuk ke Kelantan
Tiga laluan masuk utama ke negeri ini iaitu dari Gua Musang, Terengganu ke Pasir Puteh dan Perak ke Jeli mengalami kesesakan. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Hampir sejuta kenderaan anak-anak perantau masuk ke Kelantan menerusi tiga pintu masuk utama sejak Jumaat lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Nazili Kadir berkata, situasi itu dapat dilihat menerusi tiga laluan masuk utama ke negeri ini iaitu dari Gua Musang, Terengganu ke Pasir Puteh dan Perak ke Jeli.
"Jika dilihat keadaan trafik, laluan masuk dari Gua Musang paling sesak sejak Jumaat lalu sebagaimana trend biasa setiap tahun.
“Berdasarkan keadaan trafik semasa, kita jangkakan hampir 1 juta kenderaan sudah masuk Kelantan sejak Jumaat lalu,” katanya ketika meninjau laluan trafik di Jalan Kuala Krai pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau berkata, JPJ sudah mengesan terdapat 15 lokasi panas di Kelantan yang sering terdedah dengan kemalangan melibatkan laluan di kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah.
Menurutnya, seramai 150 anggota JPJ ditempatkan di beberapa lokasi untuk memantau aliran trafik.
"Saya juga mengingatkan semua pemandu serta perantau yang pulang supaya tidak terlalu ghairah merakam laluan ketika sedang melakukan pemanduan,” katanya.
Tambahnya, kenderaan berat diingatkan supaya tidak berada di jalan raya bermula hari ini sehingga esok dan pada 12 hingga 13 April.
“Kita akan memantau sekiranya terdapat pergerakan kenderaan berat pada tarikh berkenaan dan sekiranya ada yang masih berdegil, tindakan akan diambil," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Kelantan
#kesesakan jalan raya
#balik kampung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan