awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Lamag catat 44.50 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
PRK Kinabatangan: 43.23 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
Senarai baharu barangan SARA akan dikemas kini sebelum Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabel tidak menepati spesifikasi dipercayai punca kemalangan funikular Lisbon

Bernama
Bernama
21/10/2025
04:20 MYT
Kabel tidak menepati spesifikasi dipercayai punca kemalangan funikular Lisbon
Pada 3 September lalu, sebuah gerabak sedang menuruni jalan curam Calcada da Gloria apabila ia tergelincir sebelum merempuh tiang besi dan bangunan berhampiran. - Gambar/ AP
MADRID: Kabel yang terputus dalam kemalangan kereta api funikular di Lisbon bulan lalu didapati tidak menepati spesifikasi yang diperlukan, menurut laporan siasatan awal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Laporan siasatan awal mendapati kabel yang digunakan dalam sistem funikular di Lisbon sejak 2022 tidak menepati spesifikasi dan tidak diperakui untuk pengangkutan penumpang, termasuk Laluan Gloria yang terlibat dalam kemalangan pada 3 September lalu.
  • Dalam kejadian itu, sebuah gerabak tergelincir ketika menuruni jalan curam Calcada da Gloria sebelum merempuh tiang besi dan bangunan berhampiran, mengakibatkan 16 maut dan 21 cedera. Laporan akhir dijangka dikeluarkan dalam tempoh setahun.
  • Laluan Gloria merupakan antara tarikan pelancong popular di Lisbon dan digunakan penduduk setiap hari, membawa kira-kira tiga juta penumpang setahun. Tiada insiden seumpama itu pernah berlaku sebelum ini membabitkan tiga laluan funikular di bandar tersebut.

Jenis kabel yang digunakan sejak 2022 itu tidak diperakui untuk pengangkutan penumpang dan tidak sesuai digunakan bagi sistem funikular, termasuk Laluan Gloria yang terlibat dalam kemalangan berkenaan, menurut Pejabat Pencegahan dan Siasatan Kemalangan Udara dan Rel (GPIAAF) pada Isnin.
Dalam kejadian pada 3 Sept itu, seramai 16 orang terbunuh manakala 21 lagi cedera, termasuk beberapa lagi parah.
Funikular itu beroperasi dengan dua gerabak yang dihubungkan melalui tali untuk bergerak turun dan naik di jalan curam bandar itu.
Pada hari kejadian, sebuah gerabak sedang menuruni jalan curam Calcada da Gloria apabila ia tergelincir sebelum merempuh tiang besi dan bangunan berhampiran.
Laporan akhir mengenai punca sebenar kemalangan dijangka dikeluarkan dalam tempoh setahun.
"Elevador da Gloria" merupakan antara tarikan pelancong paling popular di Lisbon, namun turut digunakan penduduk tempatan setiap hari.
Dibina di Jerman pada abad ke-19, sistem funikular itu membawa kira-kira tiga juta penumpang setiap tahun.
Tiada kejadian seumpama itu pernah berlaku sebelum ini membabitkan tiga laluan funikular di Lisbon.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan funikular Lisbon
#punca kemalangan
#kabel tak ikut spesifikasi
#kereta kabel lisbon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami