awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Jeneral Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera
Jurugambar Malaysia, Yuji Haikal raih naib juara di anugerah foto antarabangsa XIPA, UAE
E-mel terbaharu dedah Epstein, Larry Summers saling sindir keupayaan Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet Thailand teliti kajian impak CPTPP

Bernama
Bernama
13/02/2020
23:25 MYT
Kabinet Thailand teliti kajian impak CPTPP
CPTPP telah dimulakan sejak 3 Disember 2018 di Australia, Kanada, Jepun, Mexico, New Zealand, Singapura dan Vietnam. -Gambar hiasan
Kabinet Thailand akan meneliti kajian impak ke atas Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) sebelum memutuskan sama ada untuk memperbaharui perjanjian perdagangan itu.
Ketua Pengarah Jabatan Perundingan Perdagangan Thailand, Auramon Supthaweethum berkata jabatan itu telah mengemukakan kajian impak ke atas CPTPP kepada Jawatankuasa Dasar Ekonomi Antarabangsa yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Somkid Jatusripitak.
"Kementerian Perdagangan akan membentangkan laporan kajian kepada kabinet (untuk penelitian) sebelum April.
"Jika diluluskan (untuk ratifikasi) oleh kabinet, kami akan menubuhkan satu pasukan rundingan," katanya kepada pemberita di Bangkok pada Khamis.
CPTPP telah dinamakan semula daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani suatu perintah untuk menarik diri daripada perjanjian itu pada Januari 2017.
CPTPP telah dimulakan sejak 3 Disember 2018 di Australia, Kanada, Jepun, Mexico, New Zealand, Singapura dan Vietnam.
Sekarang ini, hanya Brunei, Chile, Peru dan Malaysia sahaja, yang belum memperbaharui perjanjian perdagangan itu.
CPTPP adalah perjanjian perdagangan yang mempunyai potensi akses kepada rantau yang mengandungi lebih 500 juta pengguna dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak US$10 trilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CPTPP
#kabinet
#Kajian
#laporan
#Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
#Thailand
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan