awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jabatan Negara AS lulus cadangan jualan peluru berpandu Patriot kepada Arab Saudi
Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026
Polis tahan warga emas disyaki terlibat kes kematian anjing liar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Jeneral Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2026
01:10 MYT
[TERKINI] Jeneral Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera
Pengalaman yang dimiliki oleh Jeneral Malek Razak Sulaiman akan dapat memperkukuh kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran pertahanan negara, kata Khaled. - Gambar ihsan Kementerian Pertahanan
KUALA LUMPUR: Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dinaikkan pangkat kepada Jeneral dan menjawat jawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT) bermula esok.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan ini dibuat selaras dengan syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri ke-633 (Khas) yang bersidang pada kelmarin (29 Januari)dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semalam.
Menurut Khaled, pengalaman yang dimiliki oleh Malek akan dapat memperkukuh kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran pertahanan negara, di samping memulihkan dan memperkukuh wibawa ATM.
“Ia melalui kepimpinan yang berteraskan integriti dan profesionalisme serta mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Malek Razak, 59, memiliki kelulusan Diploma Strategik dan Keselamatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Master of Arts in Defence Studies dari King’s College London serta Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari UKM.
Beliau memulakan perkhidmatan pada 1985 sebagai Pegawai Kadet Luar Negara di Royal Military College, Sandhurst, United Kingdom, dan telah ditauliahkan pada 11 Disember 1987 dengan pangkat Leftenan Muda.
Sepanjang 40 tahun perkhidmatan menyaksikan Malek Razak bermula sebagai Ketua Platun di Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan kemudiannya berkhidmat di pelbagai pasukan serta memegang pelbagai jawatan di peringkat pemerintah dan staf.
Jawatan terakhir beliau sebelum pelantikan ini ialah Panglima Medan Barat Tentera Darat.
Terdahulu jawatan tersebut dipangku oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Seri Zulhelmy Ithnain menggantikan Jeneral Tan Seri Mohd Nizam Jaffar yang telah mencapai umur persaraan wajib.
Untuk rekod, Mohd Nizam telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan salah guna kuasa bagi mendapatkan suapan dan wang berjumlah lebih RM752,000 dan pecah amanah RM3 juta pada 23 Januari lalu.
Mohd Nizam, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap semua empat tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#Panglima Angkatan Tentera
#Malek Razak Sulaiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan