awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar inflasi Filipina meningkat kepada 6.9 peratus pada Sept

Bernama
Bernama
05/10/2022
22:45 MYT
Kadar inflasi Filipina meningkat kepada 6.9 peratus pada Sept
Ketua PSA Dennis Mapa berkata, kenaikan harga komoditi makanan utama serta kadar elektrik, selain penyusutan nilai mata wang peso Filipina, mendorong kadar inflasi pada September. - Facebook Philippine Statistics Authority
MANILA: Inflasi tahun ke tahun Filipina meningkat kepada 6.9 peratus pada September berbanding 6.3 peratus pada Ogos, angka tertinggi sejak Oktober 2018, menurut Pihak Berkuasa Perangkaan Filipina (PSA) pada Rabu.
Angka terkini itu menjadikan inflasi purata Filipina dalam tempoh sembilan bulan pertama pada 5.1 peratus, lapor Xinhua.
Ketua PSA Dennis Mapa berkata kenaikan harga komoditi makanan utama serta kadar elektrik selain penyusutan nilai mata wang peso Filipina, mendorong kadar inflasi pada September.
Mapa berkata harga makanan dan minuman bukan alkohol mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi pada 7.4 peratus diikuti perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang mencatatkan pertumbuhan tahunan 7.3 peratus.
Sementara itu, peso Filipina susut kepada paras terendah baharu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ditutup pada 59 peso pada Isnin. Sejak akhir 2021, peso menyusut lebih 15 peratus berbanding dolar.
Menurut bank pusat Filipina kedudukan dolar AS yang kukuh, merupakan antara punca utama penyusutan nilai peso.
Beberapa penganalisis menyuarakan kebimbangan mengenai penyusutan berterusan peso yang berpunca daripada dasar monetari (agresif) Rizab Persekutuan AS.
"Inflasi hari ini jauh lebih kompleks berbanding yang kami alami sejak berdekad lepas.
"Dalam tempoh terdekat tindakan memastikan bekalan makanan yang mencukupi bagi membantu sektor yang mudah terjejas dapat membantu kami menangani cabaran semasa," kata Setiausaha Perancangan Sosioekonomi, Arsenio Balisacan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Inflasi
#Filipina
#penyusutan nilai peso
#harga komoditi makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan