NEW YORK: Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, isteri kepada Putera Harry dari kerabat diraja Britain, Meghan Markle pada Ahad membuat pendedahan sensasi mendakwa tindakan oleh ahli keluarga suaminya menyebabkan beliau hampir membunuh diri.

Selain itu, aktres itu turut mendakwa keluarga diraja Britain bersikap perkauman dan berbohong.

Berikut 10 pendedahan Meghan dan suaminya, Putera Harry dalam temu bual secara eksklusif bersama Oprah Winfrey di saluran televisyen CBS: 

Pada Januari 2020, Harry dan Meghan mengumumkan mereka mengundurkan diri dari keluarga diraja Britain sepenuhnya - Gambar REUTERS

1. Meghan memaklumkan mereka telah berkahwin secara rahsia tiga hari sebelum upacara perkahwinan rasmi. Lafaz perkahwinan secara tertutup di hadapan Ketua Biskop Canterbury, Justin Welby.

2. Meghan mendedahkan isteri Putera William, Kate Middleton membuatnya menangis beberapa hari sebelum majlis perkahwinan pasangan diraja itu pada 2018 selepas seolah-olah tidak puas hati dengan pakaian flower girls.

BACA: Wawancara Oprah: Markle dedah Kate Middleton buat air matanya tumpah sebelum majlis perkahwinan

3. Wanita berusia 39 tahun itu memaklumkan beliau pada ketika itu naif dan tidak membayangkan akan berkahwin dengan kerabat diraja.

4. Anak lelaki Markle, Archie yang berusia satu tahun, dinafikan gelaran putera kerana warna kulit kanak-kanak itu.

Harry, 37, merupakan cucu kepada pemerintah Britain iaitu Ratu Elizabeth II manakala Meghan ialah seorang bekas pelakon televisyen.

5. Putera Harry, 36, berkata mereka memutuskan untuk tidak menjalankan tugas-tugas diraja kerana tidak mempunyai persefahaman dan bimbang sejarah akan berulang – merujuk kepada kes kematian bondanya, Puteri Diana pada 1997.

6. Markle memberitahu Oprah bahawa institusi diraja bukan sahaja gagal melindunginya daripada tuntutan berniat jahat, sebaliknya berbohong untuk melindungi orang lain.

7. Putera Harry berkata beliau tidak menyebelahi Ratu Elizabeth II dengan berita mengenai tindakannya keluar dari keluarga diraja.

Ketika ditemubual selebriti Oprah Winfrey, Harry turut ditanya bagaimana hubungannya dengan Putera Charles sejak berpindah ke Amerika Syarikat. - Gambar REUTERS

8. Putera Harry berkata bapanya Putera Charles dan abangnya, Putera William terperangkap dengan peraturan monarki, tetapi berjanji akan sentiasa menyayangi bapanya itu.

9. Pasangan itu turut berkongsi berita gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan.

10.  Putera Harry memaklumkan keluarga diraja menyekat elaun yang ditinggalkan bondanya, Puteri Diana.