awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian baharu dedah risiko kimia dalam plastik terhadap kesihatan kanak-kanak

Bernama
Bernama
22/09/2025
20:45 MYT
Kajian baharu dedah risiko kimia dalam plastik terhadap kesihatan kanak-kanak
Kajian itu menyatakan terdapat bukti kukuh bahawa bahan daripada produk plastik menyumbang kepada penyakit pelbagai organ dan mengganggu fungsi hormon, berdasarkan kajian makmal dan manusia. - Gambar hiasan
NEW YORK: Pendedahan kepada bahan kimia yang lazim terdapat dalam plastik semasa zaman kanak-kanak boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius sehingga dewasa, menurut analisis ratusan kajian terkini yang diterbitkan pada Isnin dalam jurnal The Lancet Child & Adolescent Health, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kajian itu memberi amaran bahawa plastik dalam alam sekitar mengancam kesihatan kanak-kanak, dengan menekankan tiga kumpulan utama bahan kimia: "phthalates" yang meningkatkan kelenturan; "bisphenols" yang menambah kekuatan; serta bahan per- dan "polyfluoroalkyl" (PFAS) yang menjadikannya kalis haba dan air.
Pengarang utama, Leonardo Trasande, profesor pediatrik di Sekolah Perubatan NYU Grossman, New York, berkata, bahan kimia ini terdapat dalam barangan biasa termasuk pembungkusan makanan, kosmetik malah resit kertas.
Sebagai contoh, memanaskan plastik dalam ketuhar gelombang mikro boleh membebaskan mikroplastik dan nanopartikel yang kemudiannya mungkin tertelan.
Kajian itu menyatakan terdapat bukti kukuh bahawa bahan daripada produk plastik menyumbang kepada penyakit pelbagai organ dan mengganggu fungsi hormon, berdasarkan kajian makmal dan manusia.
Selain itu, pendedahan kepada toksin daripada plastik dikaitkan dengan gangguan sistem saraf, penurunan kesuburan serta kehilangan IQ.
Bahan kimia berkenaan juga mungkin berkaitan dengan masalah kesihatan jangka panjang seperti penyakit jantung, ADHD, obesiti dan berat lahir rendah.
Trasande berkata, penemuan itu menunjukkan peranan plastik dalam perkembangan awal pelbagai penyakit kronik yang berterusan sehingga remaja dan dewasa.
Untuk memastikan kesihatan kanak-kanak, penggunaan plastik perlu dihadkan secara serius, katanya dalam satu kenyataan akhbar.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#bahan kimia
#Kanak-kanak
#ancam kesihatan
#Kajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan