INTERNATIONAL
Kajian menunjukkan golongan belia tidak lagi gembira seperti dahulu

Dapatan kajian menunjukkan purata tahap "kemakmuran hidup" (flourishing) berada pada paras rendah dalam kalangan peserta, khususnya di bawah umur 50 tahun. - Gambar hiasan/Unsplash
NEW YORK: Golongan belia berusia antara 18 hingga 29 tahun di seluruh dunia kini berdepan pelbagai cabaran, bukan sahaja dari segi kebahagiaan, malah melibatkan kesihatan fizikal dan mental, persepsi terhadap diri sendiri, pencarian makna hidup, kualiti hubungan sosial dan keselamatan kewangan, menurut satu kajian baharu.
Ringkasan AI
- Kajian Gallup 2023 mendapati belia berusia 18-29 tahun di seluruh dunia mengalami kesukaran dari segi kebahagiaan, kesihatan fizikal dan mental, hubungan sosial, serta keselamatan kewangan.
- Data menunjukkan belia mengalami tahap kesejahteraan yang lebih rendah berbanding individu lebih berusia, dengan trend ketara di negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Brazil, dan Australia.
- Pakar psikologi menyatakan hubungan sosial berkurangan dalam kalangan belia, sementara mereka turut terkesan oleh isu global seperti perubahan iklim, ekonomi, dan polarisasi politik.
Dapatan kajian menunjukkan purata tahap "kemakmuran hidup" (flourishing) berada pada paras rendah dalam kalangan peserta, khususnya di bawah umur 50 tahun.
Trend ini dikesan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Brazil dan Australia.
Namun, perbezaan paling ketara antara golongan muda dan dewasa lebih berusia dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat, menurut laporan The New York Times yang memetik penyelidik kajian itu.
"Golongan belia selama ini dianggap melalui fasa hidup yang bebas dan penuh peluang, tetapi data kajian ini menunjukkan bahawa anggapanitu lebih bersifat ilusi berbanding realiti," menurut laporan akhbar itu.
Profesor Psikologi dari Universiti Yale, Laurie Santos yang juga hos podcast "The Happiness Lab" , berkata hubungan sosial merupakan faktor penting kepada kebahagiaan, namun kini golongan muda menghabiskan masa yang jauh lebih sedikit bersama rakan-rakan berbanding sedekad lalu.
"Seperti semua lapisan usia, golongan muda turut berdepan pelbagai isu global -- dari perubahan iklim, ekonomi hinggalah kepada polarisasi politik," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami