awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Korea Selatan guna 'diplomasi penguin', seru perdamaian dengan Korea Utara
Pempengaruh media sosial didakwa tumbuk pekerja OKU restoran makanan segera
[KOLUMNIS] CTP: Model pembangunan komuniti berasaskan data sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kamera milik mendiang Paus Francis dijual pada harga EUR6.5 juta

Bernama
Bernama
23/11/2025
10:43 MYT
Kamera milik mendiang Paus Francis dijual pada harga EUR6.5 juta
Kamera model Leica M-A itu melebihi nilai anggaran asalnya sebanyak seratus kali ganda. - Reuters
VIENNA: Sebuah kamera milik mendiang Paus Francis dijual pada harga EUR6.5 juta (AS$7.5 juta) dalam satu acara lelongan di Vienna pada Sabtu selepas berlaku persaingan bidaan yang tidak dijangka, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Kamera model Leica M-A itu melebihi nilai anggaran asalnya sebanyak seratus kali ganda, menurut jurucakap bagi Leitz Photographica Auction ke-47.
Selaras dengan hasrat bekas ketua Gereja Roman Katolik yang meninggal dunia pada April lalu, wang hasil jualan akan disalurkan kepada badan amal. Rumah lelongan itu juga mengecualikan bayaran komisennya.
Leica Camera AG menghadiahkan kamera itu kepada Francis pada 2024, melabelkan kamera itu dan lensanya dengan nombor siri 5000000.
"Sudah menjadi tradisi di Leica untuk menyimpan nombor siri bulat yang istimewa dan tersendiri untuk kamera khas, yang selalunya diberikan kepada tokoh awam terkenal," kata Pengarah Urusan Leica Camera Classics dan Leitz Photographica Auction, Alexander Sedlak.
Identiti pembeli tidak didedahkan. Menurut laporan, dua pembida bersaing sengit melalui panggilan telefon untuk mendapatkan kamera berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kamera
#leica M-A
#Paus Francis
#lelongan
#Vienna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan