KUALA LUMPUR:Azerbaijan merakamkan penghargaan atas kenyataan Malaysia pada Selasa lalu mengenai situasi terkini konflik Nagorno-Karabakh, kata duta Azerbaijan ke Malaysia Profesor Qaley Allahverdiyev.
Beliau berkata rakyat Azerbaijan sentiasa mengenang ketika Malaysia pada 2008 menjadi penaja bersama resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) No.62/243 mengenai keadaan di wilayah yang dijajah Azerbaijan.
Resolusi itu mendesak masyarakat antarabangsa berusaha mencari jalan keluar yang saksama berhubung konflik itu.
Katanya, sebagai negara disegani di arena antarabangsa, Malaysia kekal konsisten dengan pendiriannya mengenai isu Nagorno-Karabakh termasuk di PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
"Syukurlah, negara sahabat dan saudara kita Malaysia menunjukkan pendirian sangat jelas dan tegas dengan menyokong kedaulatan dan integriti wilayah Azerbaijan".
"Kami senantiasa menghargai setiap usaha kerajaan Malaysia. Pada 29 September, satu kenyataan (Kementerian Luar) Malaysia merujuk kepada resolusi Majlis Keselamatan PBB menyebut Nagorno-Karabakh sebagai wilayah Azerbaijan," katanya kepada Bernama dalam wawancara.
BACA: Tentera Armenia serang Ganja, bandar kedua terbesar di Azerbaijan
Allahverdiyev, merangkap Dekan Kor Diplomatik di Malaysia, berkata apa yang dipertahankan dan diperjuangkan Azerbaijan adalah untuk tanah yang dirampas dari negara itu, yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
"Jadi, apa yang kami lakukan ialah memperjuangkan tanah kami. Hasil operasi ketenteraan yang berjaya, angkatan tentera kita membebaskan beberapa penempatan yang berada di bawah pendudukan Armenia selama hampir tiga dekad," katanya.
Duta itu berkata selama 30 tahun negaranya bersabar untuk penyelesaian politik dan diplomatik tetapi "kerajaan Armenia tidak pernah memperlihatkan rasa minat kepada rundingan diplomatik dan seolah-olah meremehkan kekuatan undang-undang antarabangsa yang mempunyai peranan penting dalam penyelesaian konflik secara aman".
"Saya merujuk kepada strategi Keselamatan Nasional Armenia yang diumumkan pada Julai 2020. Ia secara terang-terangan menentukan tujuan strategik Armenia dalam proses perundingan sebagai melindungi hasil perang. Paling penting, strategi keselamatan nasional baharu Armenia berdasarkan pendekatan "perang baharu untuk wilayah baharu," kata Allahverdiyev.
VIDEO: Pertempuran berterusan di Nagorno Karabakh
Duta itu turut mengimbau bagaimana Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan, pada Ogos 2019, menggesa penyatuan antara Armenia dan Karabakh dengan menyatakan "Karabakh adalah Armenia".
Pertempuran baharu antara kedua-dua pihak bermula pada 27 September mengakibatkan kehilangan nyawa, termasuk orang awam. Azerbaijan dan Armenia saling tuduh-menuduh. Azerbaijan menuduh Armenia melancarkan serangan yang menyasarkan orang awam di bandar kedua terbesar Azerbaijan, Ganja, semalam, tetapi Armenia menafikannya.
Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev dalam ucapannya kepada rakyat, berkata integriti wilayah Azerbaijan harus dipulihkan dan "kita berada di jalan yang benar".
VIDEO: Azerbaijan, Armenia tolak rundingan damai
Sementara itu ketika dalam temu bual dengan saluran televisyen Al Jazeera, yang disiarkan Azertac pada Sabtu, beliau berkata "Kita tidak mempunyai masalah dengan orang Armenia, mereka adalah warganegara kami, kami mempunyai ribuan orang Armenia yang tinggal di Azerbaijan dan yang tinggal di daerah Nagorno-Karabakh, kami juga menganggap mereka sebagai warganegara kami."
Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan dilaporkan berkata Azerbaijan harus menerima formula bahawa tiada penyelesaian ketenteraan untuk masalah Nagorno-Karabakh.
Pashinyan berkata hanya ada penyelesaian damai dan rundingan untuk konflik Nagorno-Karabakh, dan apa jua penyelesaian mesti diterima dengan hati terbuka bukan sahaja kepada Azerbaijan tetapi juga Armenia.
Tambah beliau Armenia sudah bersedia untuk mengusahakan gencatan senjata.
Presiden Aliyev, dalam ucapannya di seluruh negara berkata Azerbaijan tidak akan menghentikan tindakan ketenteraan sehingga Armenia memberitahu bila pasukan tentera akan dibawa keluar dari wilayah-wilayah yang diduduki.
Pertempuran terbaru di wilayah Caucasus Selatan paling serius sejak 2016. Pada Julai tahun ini, tentera kedua-dua negara turut bertempur di sepanjang sempadan bersama.
Konflik yang berlarutan antara Azerbaijan dan Armenia bermula pada 1988 - tiga tahun sebelum pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991. Pada 1992, perang berskala besar meletus sehingga gencatan senjata ditandatangani pada Mei 1994.
Pada 1991, etnik Armenia Nagorno-Karabakh mengisytiharkan kemerdekaan tetapi tidak diiktiraf oleh mana-mana negara di dunia.
Kawasan pegunungan Nagorno-Karabakh dan tujuh daerah sekitarnya merangkumi kira-kira 20 peratus wilayah Azerbaijan diakui di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian Azerbaijan tetapi berada di bawah kawalan tentera etnik Armenia, yang disokong kerajaan Armenia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 06 2020

Protes terhadap serangan tentera Armenia diadakan di luar Kedutaan Azerbaijan di Santiago, Chile, 5 Okt, 2020. REUTERS

Kempen vaksinasi COVID-19 bermula di Thailand
Program vaksinasi itu diadakan pada Ahad di sebuah institusi penyakit berjangkit di pinggiran Bangkok.

Sungai Tercemar: Ribuan ikan air tawar ditemui mati
Sejak tiga minggu lalu, ribuan bangkai ikan air tawar ditemui di permukaan Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Gua Musang. Namun, sejak tiga hari lalu, kejadian sama berulang secara misteri.

Tiada kelebihan wakil rakyat lompat parti - Penganalisis politik
Kekuatan sesebuah parti terletak kepada sokongan akar umbi dan bukan bergantung kepada penghijrahan wakil rakyatnya.

Politik | Tukar parti, adakah tanda ada krisis?
Wakil rakyat dari Parti Amanah Negara (Amanah) disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Khairuddin A. Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu.

COVID-19: Chow Kon Yeow disuntik vaksin, program imunisasi Pulau Pinang bermula
Kon Yeow menerima suntikan di Auditorium Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 10.25 pagi Ahad.

PM lancar Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030
Di bawah pelan itu, empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera.

COVID-19: Auckland jalani perintah berkurung kedua bulan ini
Langkah berkenaan diambil susulan satu kes baharu dikesan yang didapati telah dijangkiti selama seminggu namun tidak menjalani kuarantin.

'Saya harap tak kena buli' - Sherry Alhadad teruja ke udara bersama JoHaRa 1 Mac ini
Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu Sherry Alhadad ke udara bersama JoHaRa Pagi ERA.

"Harap tak kena buli," Sherry Alhadad teruja nak mulakan sesi bersama JoHaRa
Segmen JoHaRaRy akan menemui para pendengar ERA secara rasminya bermula 1 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Ayam laga 'bunuh' tuan sendiri
Ayam tersebut dilengkapi pisau tiga inci dikenali sebagai 'kodi kathi untuk acara sabung haram.

'Kami berjuang demi tanah di tanah air kami,' kata duta Azerbaijan
Rakyat Azerbaijan sentiasa mengenang ketika Malaysia pada 2008 menjadi penaja bersama resolusi Perhimpunan Agung PBB mengenai keadaan di wilayah yang dijajah Azerbaijan.