awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
Projek naik taraf Lebuh Raya Senai-Desaru capai 55 peratus - Ahmad Maslan
Pas terima rayuan tiga ADUN Perlis dihentikan keahlian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS sambut baik Kepengerusian ASEAN 2026 oleh Filipina

Bernama
Bernama
29/10/2025
23:50 MYT
AS sambut baik Kepengerusian ASEAN 2026 oleh Filipina
Selasa lalu, Anwar menyerahkan tukul kepada Marcos, yang menjadi simbolik pemindahan kuasa secara rasmi Kepengerusian ASEAN, sekali gus membuka lembaran baharu bagi kepimpinan Filipina dalam ASEAN pada 2026. --fotoBERNAMA
MANILA: Perwakilan Amerika Syarikat (AS) ke ASEAN menyambut baik Kepengerusian Filipina untuk ASEAN pada 2026, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
"Kami mengalu-alukan Filipina sebagai Pengerusi ASEAN 2026 dan menantikan kerjasama untuk memacu pertumbuhan, mewujudkan peluang serta memperdalam hubungan yang memberi manfaat kepada AS dan rantau ini," menurut kenyataan itu pada Rabu.
Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr secara rasmi menerima Kepengerusian ASEAN 2026 daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa majlis penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada 28 Okt.
Marcos berkata Filipina akan memimpin ASEAN ke arah pelaksanaan inisiatif yang memperkukuh asas keamanan dan keselamatan, mengukuhkan koridor kemakmuran serta memajukan pemerkasaan rakyat.
ASEAN di bawah pimpinan Manila akan melancarkan siri mesyuarat peringkat tinggi bertemakan "Mengemudi Masa Depan Kita, Bersama" pada 2026.
Pada Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 pada 26 Okt, Marcos mengiktiraf penglibatan aktif dan bermakna AS dengan ASEAN merangkumi ketiga-tiga tonggaknya - politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.
Dalam ucapan intervensinya, beliau berterima kasih atas sokongan Washington dalam mempromosikan keamanan maritim, memerangi jenayah rentas sempadan dan keganasan, serta mengiktiraf peranan penting AS dalam memajukan pembangunan ekonomi serantau.
"Kami sedar landskap ekonomi global kini penuh ketidaktentuan. ASEAN menghargai perkongsian dengan AS dan berhasrat membina kerjasama strategik yang praktikal dan berpandangan jauh bagi menghasilkan manfaat nyata kepada perniagaan dan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Filipina
#Kepengerusian ASEAN
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan