awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada: 3 pelombong terperangkap di bawah tanah selepas kemalangan di British Columbia

Bernama
Bernama
24/07/2025
03:05 MYT
Kanada: 3 pelombong terperangkap di bawah tanah selepas kemalangan di British Columbia
Eby berkata operasi menyelamat sedang dijalankan dan memuji pasukan penyelamat tempatan sebagai yang menurutnya akan bekerja keras untuk membawa para pekerja terlibat pulang dengan selamat. - Foto Facebook
HAMILTON (Kanada): Tiga pelombong Kanada terperangkap di bawah tanah selepas satu kemalangan semalaman di sebuah lombong di wilayah British Columbia, menurut Ketua Menteri wilayah itu pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Kami sedang berdepan situasi yang agak mencemaskan di British Columbia sekarang," kata David Eby dalam sidang media di Huntsville, Ontario, semasa penutupan mesyuarat musim panas tiga hari yang disertai pemimpin wilayah dan wilayah autonomi Kanada.
"Terdapat tiga pelombong yang sedang terperangkap di bawah tanah. Setakat yang kami tahu, mereka tidak cedera dan berada di kawasan perlindungan," katanya sambil memaklumkan bahawa terdapat komunikasi awal dengan syarikat perlombongan tembaga dan emas Red Chris.
Eby berkata operasi menyelamat sedang dijalankan dan memuji pasukan penyelamat tempatan sebagai "luar biasa," sambil menambah bahawa mereka akan "bekerja keras untuk membawa para pekerja ini pulang dengan selamat kepada keluarga mereka."
Dua daripada pelombong yang terperangkap berasal dari British Columbia manakala seorang lagi dari Ontario.
Concerned to hear of an emergency at the Red Chris Mine where three miners are trapped. We have dispatched a senior geotechnical inspector to support the company's efforts. Our thoughts are with the workers, their families and those involved in rescue efforts.
— David Eby (@Dave_Eby) July 23, 2025
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelombong terperangkap bawah tanah
#Kanada
#British Columbia
#operasi menyelamat
#David Eby
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami