awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada hantar pesawat lain ke India bawa pulang Justin Trudeau

Bernama
Bernama
11/09/2023
13:23 MYT
Kanada hantar pesawat lain ke India bawa pulang Justin Trudeau
Sebuah pesawat Airbus gantian sedang dalam perjalanan ke ibu negara India untuk mengambil Trudeau dan delegasinya. - Gambar fail
NEW DELHI: Kanada telah menghantar sebuah lagi pesawat ke India untuk membawa pulang Perdana Menteri Justin Trudeau, yang terkandas di negara itu sejak petang Ahad selepas pesawat yang dinaikinya untuk menghadiri sidang kemuncak G20 di New Delhi mengalami masalah teknikal.
Sebuah pesawat Airbus gantian telah meninggalkan Trenton di Kanada dan sedang dalam perjalanan ke ibu negara India untuk mengambil Trudeau dan delegasinya.
"Pada masa ini CFC002 sedang dalam perjalanan. Kami sedang berusaha untuk berlepas pagi esok, tetapi mengakui keadaan boleh berubah," kata jurucakap Trudeau Mohammad Hussain pada Isnin.
Trudeau dijadualkan meninggalkan New Delhi pada Ahad malam, tetapi Angkatan Bersenjata Kanada menemui masalah teknikal pada pesawat CFC001 semasa pemeriksaan keselamatan sebelum penerbangan.
Masalah itu tidak "dapat diperbaiki semalaman", menurut kenyataan Kanada pada Ahad.
Pesawat yang terkandas itu, yang dibangunkan pada 1980-an, telah mengalami pelbagai masalah mekanikal selama ini, menurut laporan media Kanada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat
#masalah teknikal
#Justin Trudeau
#G20
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan