awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada usir diplomat China

Agensi
Agensi
09/05/2023
01:19 MYT
Kanada usir diplomat China
Menteri Luar Kanada, Mlanie Joly (gambar) menegaskan, diplomat Zhao Wei dari China disenaraikan sebagai "persona non grata" . - Gambar fail AP
KERAJAAN Kanada mengusir seorang diplomat China di Toronto kerana didakwa turut terlibat dalam dalam kes mengugut seorang Ahli Parlimen.
Sebelum ini, kerajaan China telah dituduh mensasarkan seorang Ahli Parlimen Kanada, Michael Chong dan keluarganya di Hong Kong setelah beliau mendakwa China melakukan pelanggaran hak asasi manusia.
Menteri Luar Kanada, Mélanie Joly menegaskan, diplomat Zhao Wei disenaraikan sebagai "persona non grata" dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Persona non grata yang merupakan bahasa latin membawa maksud seseorang yang tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lama­nya setelah didapati bersalah melakukan ke­salahan semasa dia berada di negara tersebut.
Tindakan yang diambil oleh Ottawa itu dibuat berdasarkan laporan agensi risikan Kanada yang disiarkan di akhbar Globe and Mail yang menuduh Zhao terlibat dalam mengumpul maklumat mengenai Chong, 51, susulan kritikannya berhubung perlakuan China terhadap populasi minoriti Uyghur.
Laporan tersebut mendakwa, agensi risikan Kanada percaya China mencari maklumat mengenai keluarga Chong di Hong Kong dalam usahanya mencegah "sikap anti-China".
Wong pada 2021 telah membentangkan usul di Parlimen berhubung tindakan China yang disifatkan sebagai genocide atau melakukan pembunuhan secara beramai.
Dalam reaksinya, China menafikan tuduhan tersebut dan mengenakan sekatan terhadap Chong tidak lama selepas itu.
Joly dalam kenyataannya berkata, Kanada tidak akan sama sekali bertolak ansur terhadap campur tangan asing dalam urusan pentadbiran negara itu.
“Keputusan untuk mengusir diplomat tersebut telah diambil "setelah mempertimbangkan dengan saksama semua faktor yang ada," kata Joly.
Agensi risikan Kanada juga telah diarahkan untuk segera memberikan maklumat berhubung ugutan terhadap anggota Parlimen dan keluarga mereka.
Dalam masa sama Kedutaan China di Ottawa menegaskan, mereka ‘akan mengambil tindakan tegas’ berhubung pengusiran tersebut.
Minggu lalu, China menuduh Kanada telah memfitnah dan mencemar nama baik negara itu atas dakwaan Beijing mensasarkan Chong dan keluarganya.
Chong yang juga seorang anggota Parti Konservatif Kanada mengkritik cara pemerintah Liberal menangani isu tersebut.
"Ia tidak seharusnya mengambil masa sehingga dua tahun bagi pemerintah untuk membuat keputusan ini," kata Chong sepert dilaporkan.
Tuduhan ini muncul di tengah-tengah laporan risikan lain yang sampai ke pengetahuan media Kanada bahawa terdapat percubaan China untuk campur tangan dalam proses pilihan raya Kanada.
Susulan itu, pada Mac lalu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau memberi mandat kepada penyelidik bebas untuk menyiasat dakwaan campur tangan tersebut.
Topic Berkaitan
#Kanada usir diplomat China
#persona non grata
#Michael Chong
#Justin Trudeau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan