SEORANG lelaki ditahan polis Amerika Syarikat selepas dipercayai membunuh anak lelaki teman wanitanya pada Khamis.

Rashad Akeem Thompson, 34, didakwa membelasah kanak-kanak berusia tujuh tahun itu menggunakan tukul besi di rumahnya di West Virginia, menurut polis.

Selepas menerima panggilan kecemasan, pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa di rumah berkenaan dengan kecederaan serius pada bahagian kepala, menurut portal berita WSAZ.

Ibu mangsa berusia 24 tahun, Felicia Brown, pula ditemui di rumah jiran dengan kecederaan di muka dipercayai ditikam, kata polis.

Dia dikejarkan ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.