SEORANG kanak-kanak berusia 6 tahun cedera parah selepas terjatuh dari permainan sebuah taman tema di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku pada Khamis lalu ketika kanak-kanak tersebut sedang menaiki permainan roller-coaster Galaxy Spin di taman tema Fun Spot America.

Mangsa kini sedang mendapat rawatan di sebuah hospital di Orlando.

Fun Sport America dalam satu kenyataan berkata, permainan itu telah diperiksa oleh Jabatan Pertanian dan Perkhidmatan Pelanggan yang mendapati ia "beroperasi seperti biasa tanpa apa-apa isu mekanikal".

Namun permainan itu masih ditutup bagi memberi laluan untuk siasatan dijalankan.