Dua kanak-kanak berusia dua tahun mati selepas tertelan balon ketika bermain di rumahnya di Chikkakammanahalli, near Hulimavu, Tenggara Bengaluru.

Mangsa, Nawaz Siddiq yang merupakan anak keempat kepada Abubakar Siddiq dan isterinya Reshma.

Polis berkata, Nawaz keluar sekitar pukul 7.30 pagi untuk bermain dengan rakan-rakannya di kawasan itu.

Dia kemudian pulang ke rumah pada pukul 9.30 pagi sebelum Reshma mendapati dia mempunyai masalah pernafasan.

Reshma kemudian bergegas membawa anaknya ke hospital berhampiran sebelum doktor mengarahkannya merujuk kepada pakar kanak-kanak.

Bagaimanapun, Nawaz dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Apollo di Jalan Bannerghatta.

Doktor di Hospital Apollo berkata, Reshma telah membawa anaknya itu kepada dua doktor sebelum tiba di hospital berkenana.

Pasukan perubatan telah melakukan saringan laringoskopi untuk memeriksa secara mendalam tekak dan larinks.

"Muka, tangan, lidah dan jari kanak-kanak itu bertukar kepada biru.

"Kita percaya terdapat benda asing berada dalam badan mangsa sebelum kita membuat xray dan mendapati kerongkong tersumbat serta cebisan balon memasuki paru-parunya," katanya lapor portal India of Times.

Cebisan balon dikeluarkan menerusi kerongkong kanak-kanak malang itu.