awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak maut pesawat tentera udara terhempas ketika lakukan akrobatik

Bernama
Bernama
17/09/2023
06:23 MYT
Kanak-kanak maut pesawat tentera udara terhempas ketika lakukan akrobatik
Keadaan di lokasi kejadian di mana pesawat Tentera Udara Itali terhempas semasa membuat penerbangan akrobatik berhampiran ruang udara di Turin, Itali. -Reuters
ROM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun maut apabila pesawat Tentera Udara Itali terhempas semasa membuat penerbangan akrobatik berhampiran ruang udara di Turin, lapor Agensi Berita dpa, memetik laporan.
Juruterbang berjaya melenting keluar dari pesawat dan terselamat, lapor ANSA pada Sabtu.
Ibu bapa kanak-kanak yang maut dan seorang budak lelaki berusia 9 tahun telah dimasukkan ke hospital Turin akibat melecur.
Kejadian itu berlaku semasa pasukan aerobatik Tentera Udara Itali membuat pertunjukan udara Frecce Tricolori, sempena ulang tahun ke-100 pasukan itu pada Ahad.
Pesawat itu terhempas sejurus berlepas.
Sebuah video yang disiarkan di media sosial menunjukkan pesawat itu tersasar daripada kelompok pesawat yang lain sebelum terhempas dan terbakar.
Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Pesawat itu dipercayai melanggar sekumpulan burung dan juruterbang mungkin hilang kawalan, menurut akhbar La Stampa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#pesawat Tentera Udara Itali
#hospital Turin
#Frecce Tricolori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan