awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak maut selepas letupan di kawasan perumahan di UK

Bernama
Bernama
16/10/2024
15:32 MYT
Kanak-kanak maut selepas letupan di kawasan perumahan di UK
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas satu letupan berlaku di kawasan perumahan di Newcastle, timur laut England. - Foto AP
LONDON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas satu letupan berlaku di kawasan perumahan di Newcastle, timur laut England, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Rabu.
Rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan dua rumah hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku awal pagi ini.
Polis telah dipanggil ke tempat kejadian oleh perkhidmatan bomba kira-kira 12.45 pagi waktu tempatan (2345 GMT) pada Rabu dan enam orang telah dibawa ke hospital susulan letupan itu.
Northern Gas Networks berkata jurutera mereka berada di lokasi kejadian.
Majlis Bandaraya Newcastle meminta orang ramai untuk mengelak kawasan itu dan menasihati penduduk berdekatan untuk kekal di dalam rumah serta menutup tingkap sehingga diberitahu kelak.
Pasukan kecemasan bekerja sepanjang malam dan dirakam mencari melalui celah runtuhan.
Sebuah pusat pemindahan juga telah didirikan dan Palang Merah mengedarkan barangan seperti pengecas telefon bimbit dan makanan, menurut BBC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak maut
#letupan di UK
#Newcastle
#kawasan perumahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan