awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap

Bernama
Bernama
03/02/2026
04:30 MYT
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
Pembukaan semula lintasan yang terhad itu membolehkan sebilangan pesakit dan pengiring keluar terus ke Mesir, manakala yang lain melalui lintasan Kerem Shalom yang dikawal oleh Israel. - Gambar fail Reuters
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah yang menghubungkan Mesir dan Semenanjung Gaza, menurut jurucakapnya, Stephane Dujarric pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pada Ahad, Penyelaras Israel mengenai Aktiviti Kerajaan di Wilayah (COGAT) memaklumkan, pusat pemeriksaan Rafah di sempadan Semenanjung Gaza dan Mesir akan dibuka untuk pergerakan terhad orang awam dari kedua-dua arah pada 2 Feb, susulan tamatnya tempoh percubaan.
"Saya boleh katakan bahawa kami menyambut baik pembukaan semula lintasan Rafah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, orang awam mesti dibenarkan keluar dan pulang secara sukarela serta selamat, seperti yang dituntut oleh undang-undang antarabangsa.
"Akhir sekali, bekalan kemanusiaan utama mesti dibawa masuk dalam kuantiti yang mencukupi dengan sekatan yang dikurangkan, melalui Rafah dan semua lintasan lain," kata Dujarric kepada pemberita.
Jurucakap PBB itu berkata, terdahulu, pihaknya turut menyokong usaha pemindahan perubatan dari Gaza.
"Pembukaan semula lintasan yang terhad itu membolehkan sebilangan pesakit dan pengiring keluar terus ke Mesir, manakala yang lain melalui lintasan Kerem Shalom yang dikawal oleh Israel," kata Dujarric.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#lintasan Rafah
#pintu sempadan
#PBB
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan