awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skandal FAM: 'Perlu tahu pasukan mana juara kumpulan agar masuk balang undian ...' - Windsor
Lelaki tempatan maut ditembak di Klang
Ibu kandung, bapa tiri ditahan kes dera kanak-kanak di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak tujuh tahun dapat bayaran tertinggi RM92 juta

Agensi
Agensi
04/12/2018
00:29 MYT
Kanak-kanak tujuh tahun dapat bayaran tertinggi RM92 juta
Pendapatan Ryan, yang tidak termasuk cukai atau yuran yang dikenakan oleh ejen atau peguam, telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang petah berkata-kata dan bijak membuat ulasan mengenai barang permainan didedahkan sebagai bintang muda menerima bayaran tertinggi YouTube iaitu US$22 juta (RM92 juta).
Anggaran yang dibuat majalah Forbes itu mendapati Ryan menerusi 'Ryan ToysReview' mengatasi Jake Paul sebanyak US$500,000 (RM2 juta) selama 12 bulan hingga Jun.
Video yang dimuat naik hampir setiap hari dan satu daripadanya mengenai telur biru misteri telah ditonton lebih daripada satu juta sejak Ahad.
Saluran Dude Perfect berada di tempat ketiga, menjadikan $20 juta (RM83 juta), kata Forbes.
Pendapatan Ryan, yang tidak termasuk cukai atau yuran yang dikenakan oleh ejen atau peguam, telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
Ditanya oleh NBC mengapa kanak-kanak suka menonton videonya, Ryan berkata, video yang dihasilkan menghibur dan melucukan.
Sejak saluran itu ditubuhkan oleh ibu bapa Ryan pada Mac 2015, kesemua video Ryan ditonton hampir 26 bilion penonton serta mengumpul 17.3 pengikut.
Topic Berkaitan
#Barang Permainan
#bijak
#Forbes
#Ryan
#Ryan ToysReview
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan