Ibu kandung, bapa tiri ditahan kes dera kanak-kanak di Nilai

Kanak-kanak berkenaan ditemui dalam keadaan terbiar, ketakutan dan menggigil di luar sebuah premis kedai serbaneka di Star Valley, Nilai semalam.
NILAI: Polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kes penderaan melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di sini.
Ringkasan AI
- Pasangan suami isteri ditahan polis berhubung kes penderaan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Nilai.
- Kanak-kanak ditemui penghantar makanan dalam keadaan terbiar, ketakutan, dan menggigil di luar premis kedai serbaneka.
- Mangsa menerima rawatan selepas pemeriksaan awal mendapati kecederaan disyaki akibat penderaan, sementara polis menyiasat kes mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
"Pemeriksaan awal mendapati terdapat unsur kecederaan disyaki akibat penderaan pada beberapa bahagian tubuh mangsa. Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut.
"Siasatan lanjut turut mendapati kanak-kanak berkenaan pernah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor pada 2020 selepas mengalami kecederaan non-accidental injury berupa kesan melecur akibat terkena air panas di bahagian kepala, bahu kanan, dada dan belakang badan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda dan atau penjara, jika sabit kesalahan.
Johari berkata polis memandang serius sebarang bentuk penderaan terhadap kanak-kanak dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan perbuatan tersebut.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


